Kembara Sehening Fajar Broga, menyinsing kebesaran Maha Pencipta

Para peserta mula berkumpul pada Jumaat jam 11.00 malam di Surau Abdul Rahman Auf, Seksyen 3 Tambahan di Bandar Baru Bangi untuk tidur dan berqiyamullail pada jam 4.00 pagi keesokannya. Setengah jam kemudian, 9 buah kereta berkonvoi menuju Bukit Broga.

Sampai di Stesen Petronas Semenyih, lagi 4 buah kereta menyertai konvoi ke Bukit Broga. Sampai di kaki Bukit Broga, koordinator kembara yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia Remaja (JKBR) IKRAM Selangor, Saudara Ahmad Yusri Azme (Abu Dzar) memberikan sedikit taklimat keselamatan diiringi dengan bacaan doa.

Tepat jam 5.30 pagi, peserta kembara bertolak menuju puncak bukit. Sekitar jam 6.20 pagi, para peserta sudah sampai ke puncak Bukit Broga yang tingginya 350 meter. Sebaik tiba, para peserta solat Subuh berjamaah yang diimamkan oleh YDP IKRAM Selangor, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus yang tiba lebih awal di puncak Bukit Broga. Seterusnya, kembara Broga dibasahkan dengan tazkirah daripada Abu Dzar dan Ustaz Hasanuddin.


Dalam tazkirah Abu Dzar, Bukit Broga mengingatkan beliau tentang usaha luar biasa tentera pimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya menawan Kota Constantinople dengan membawa sejumlah kapal melintasi sebuah bukit menuju ke pedalaman kota tersebut. Beliau menyarankan belia Muslim supaya sentiasa berfikir di luar kotak untuk mencapai kejayaan yang luar biasa.

Dalam tazkirah Ustaz Hasanuddin, kejayaan mendaki puncak bukit memberi kekuatan luar biasa pada diri kerana ia menjadikan tubuh kita kuat, lasak dan tidak memanjakan diri. Untuk jadi pemuda yang hebat, katanya, perlu ditajamkan fikiran kita, kuatkan anggota badan kita dan kuatkan kerohanian kita.

Di samping itu, pendakian ini akan menguatkan hubungan kemasyarakatan dan sosial kerana ia adalah peluang untuk berkenalan dan bermesra dengan para peserta dan para pendaki yang lain. Beliau turut menyarankan para belia yang sudah berjaya mendaki bukit supaya berzikir dan bertasbih melihat kebesaran Allah SWT.


Semasa tazkirah beliau, saatnya keheningan fajar dari puncak Bukit Broga mula menyinsingkan keindahan sinar mentarinya, tanda kebesaran Maha Pencipta. Subhanallah. Terbitnya mentari pagi sempat dirakam diiringi dengan hujan renyai-renyai yang menghasilkan warna-warni pelangi pagi.

Dalam masa sejam, peserta berlegar di sekitar puncak bukit merakamkan keindahan-keindahan alam ciptaan Allah seperti matahari, gunung-ganang, pelangi, awan pagi dan kehijauan alam di persekitaran Semenyih.

Akhir kembara, para peserta berkumpul semula untuk mendengar ucapan penutup daripada Abu Dzar dan wakil GEMA, Saudara Wan Muhammad Wan Ibrahim (Wan Am). Menurut Abu Dzar, GEMA Backpackerz bercadang untuk mengadakan kembara di puncak-puncak lain di Malaysia dan mungkin juga di luar negara.

Wan Am pula menyarankan supaya para belia mengikuti perkembangan makluman pelbagai program GEMA yang lain di Facebook seperti aktiviti GEMA Young Parents Club, GEMA Media, GEMA Futsal dan lain-lain bagi menyertainya dan mengutip pengalaman menarik dalam setiap aktiviti tersebut.

Kembara tamat jam 8.45 pagi. Para peserta mula turun dengan penurunan yang tidak kurang cabarannya berbanding pendakian. Semoga belia terus memacu kejayaan membina kekuatan fizikal, rohani dan fikiran dalam dunia yang mencabar ini, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia