Kembara Memburu Hikmah: Suami isteri berbasikal ke Makkah

Ahmad bin Mohd Isa, 28 dan Noradilah binti Mohd Sapie, 29, bakal merentas 12 negara termasuk Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Bahrain dan Arab Saudi selama setahun dengan jarak 12,235 kilometer. 

Membawa misi besar iaitu perpaduan, keamanan dan kemanusiaan, acara tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Dr Yusri Mohamad. Turut hadir Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Menjadikan masjid sebagai tempat persinggahan mereka dalam misi tersebut, kembara anjuran Aulia Films dan KMH Artventure turut mendapat kerjasama YADIM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), WQPark, AVC, Yayasan Perak, IHSAN, PNMB dan DBKL.

Dalam kembara ini, MyCARE menaja sejumlah RM20,000 bagi pasangan ini mengumpulkan maklumat komuniti Islam yang memerlukan bantuan kemanusiaan di setiap negara yang dilawati dan MyCARE akan membuat lawatan susulan bagi menyalurkan sumbangan orang ramai di tempat-tempat tersebut.

Pasangan ini turut menanda lokasi masjid di sepanjang laluan mereka di samping mengulas mengenai keunikan seni bina di situ serta mendokumentasikan maklumat kembara tersebut dalam dalam bentuk video.

Perkembangan kembara mereka boleh diikuti melalui facebook https://www.fb.com/kembaramemburuhikmah/. Misi kembara yang bermula pada Jumaat lalu dijangka selesai pada Sabtu, 8 April 2017 di Masjidil Haram, Arab Saudi.

Misi ini secara keseluruhannya memerlukan dana berjumlah RM1 juta ringgit bagi menampung kos perjalanan dan pengurusan. Pihak-pihak yang ingin menyalurkan dana sumbangan atau bersama-sama dalam menjayakan misi ini, bolehlah menyumbang di akaun:

Bank: MAYBANK
Nama Akaun: KMH ARTVENTURE
No. Akaun: 564799128076

Album majlis (MyCARE): http://bit.ly/1qFkZK4
Foto majlis (YADIM): http://bit.ly/1T0OXl0

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia