Kembangkan cara berfikir untuk kekal relevan

Empat cara berfikir tersebut bagi memastikan gerakan Islam relevan ialah dengan mempunyai minda kejuruteraan, minda penakluk, minda eksperimental dan minda inovasi.

Yang dimaksudkan dengan minda kejuruteraan adalah aktivis gerakan Islam mesti mempunyai minda seorang jurutera sosial yang menjadi pembangun dan juga jurutera masyarakat.

“Ketika orang mengatakan tentang konsep istikhlaf (melantik pemimpin), ini adalah agama, ini adalah bumi, dan ini adalah manusia sebagai pelaku.

“Tugas kita (pemimpin) adalah membawa agama ini dalam konteks bumi ini,” jelas beliau.

Sebagai seorang jurutera, beliau menambah, tugasnya ialah bagaimana mengintegrasikan unsur-unsur manusia, agama, ruang dan waktu supaya masyarakat lebih dekat Islam sebelum memeluk Islam.

“Dan menurut saya, itulah inti dari dakwah Islam,” ujar beliau.

Tambah beliau, tugas aktivis gerakan Islam yang paling utama adalah merangka keadaan-keadaan yang strategik supaya manusia lebih dekat dengan agama iaitu melalui kebebasan, menyebarkan rasionaliti dan kesejahteraan.

Menurut Ustaz Anis, meskipun idea ini adalah idea yang terang benderang dalam kalangan aktivis gerakan Islam, tetapi mereka gagal menyelesaikan persoalan ini ketika mereka berkuasa kerana kekurangan ilmu dan input tentang bagaimana untuk mendirikan negara.

Sementara itu, minda penakluk bagi aktivis Islam ialah dengan mencari ruang untuk menang dan tiada kata menyerah dalam memenangkan dakwah.

Beliau memberikan contoh dalam perang Qadisiyyah bagaimana tentera Islam tidak menyerah kalah dengan memikirkan selama beberapa hari bagaimana untuk menyeberangi Sungai Tigris dan bagaimana tentera Islam memikirkan cara untuk menewaskan tentera-tentera Parsi yang menggunakan gajah.

Bagi minda eksperimental, beliau menjelaskan bahawa sesebuah gerakan Islam mesti berani mencuba walaupun gagal.

Beliau menyifatkan bahawa kegagalan lalu adalah pengalaman yang merupakan ilmu yang paling tinggi kerana telah mempelajari faktor kegagalan dan menambah baik kegagalan tersebut pada masa hadapan.

“Cuba, gagal, mulai lagi, jangan  mundur!” nasihat beliau.

Tentang minda inovasi pula, gerakan Islam mesti mempunyai inisiatif untuk menyempurnakan teori, model dan pemikiran politik baru secara inovatif dalam gerakan Islam untuk mendirikan negara.

“Mudah-mudahan kita diberikan kesempatan untuk memberikan kontribusi untuk Islam dalam hal yang seperti ini,” harapan beliau di hadapan kira-kira 1,200 peserta Perhimpunan Ahli Teras (PAT) IKRAM 2015 di UPM pada Sabtu lalu.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia