Kematian Shireen Abu Akleh: Tembakan Dari Arah Tentera Israel

Kematian Shireen Abu Akleh: Tembakan Dari Arah Tentera Israel | IKRAM

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah mengembalikan peluru yang membunuh wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA), menurut Menteri Kehakiman Palestin, Mohammed al-Shalaldeh.

Sebelumnya, penduduk Palestin telah menyerahkan peluru itu kepada pihak berkuasa AS pada Sabtu, hampir dua bulan selepas pembunuhan wartawan Palestin-Amerika di Jenin di Tebing Barat, selepas pertikaian antara Israel dan Palestin berhubung siasatan pembunuhannya pada 11 Mei lalu.

PA dan Al Jazeera menuduh tentera Israel melepaskan peluru maut ke arah Shireen, manakala tentera Israel mengatakan bahawa pembunuhan itu disebabkan oleh peluru rambang daripada lelaki bersenjata Palestin atau oleh seorang askar Israel yang mensasarkan kepada seorang lelaki bersenjata Palestin.

Siasatan yang dijalankan oleh lima media termasuk CNN menunjukkan bahawa peluru itu datang dari lokasi di mana tentera Israel ditempatkan, dan siasatan tidak menunjukkan sebarang bukti kehadiran lelaki bersenjata Palestin berhampiran Sherine apabila peluru itu mengenainya.

Selain itu, Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencapai kesimpulan yang sama sebagaimana penyiasatan akhbar.

Palestin enggan membuka siasatan bersama dengan Israel, dengan mengatakan mereka tidak mempercayai Israel, tetapi akhirnya menyerahkan peluru itu kepada AS pada minggu lalu.

Penduduk Palestin berkata, tembakan berlaku di kedutaan AS di Baitulmaqdis, tetapi jurucakap tentera Israel berkata pada Ahad bahawa Israel sedang menjalankan siasatan.

“Penyiasatan akan dilakukan oleh Israel, dengan peluru itu kekal sepanjang tempoh itu. Ia berada dalam simpanan seorang jeneral kanan Amerika yang berada di Israel dan akan hadir sepanjang tempoh siasatan,” ujar wakil tentera, Ran Koshav.

Maklum Balas Keluarga 

Keluarga Shireen Abu Akleh berkata, mereka mencurigai bahawa pemeriksaan AS terhadap peluru yang membunuhnya tidak dapat diputuskan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin selepas pengumuman Amerika bahawa sasaran peluru itu tersasar, keluarga itu menyifatkannya sebagai percubaan pihak Israel untuk mencipta cerita yang memihak kepada mereka.

“Tumpuan pada ‘peluru tersasar’ dan ia adalah percubaan pihak Israel untuk mencipta naratif yang memihak kepada mereka, seolah-olah ini adalah sejenis unit polis yang boleh diselesaikan dengan pemeriksaan forensik di sepanjang tempoh penyiasatan tempat kejadian,” ujar keluarganya.

Mereka turut menganggap bahawa penyiasat AS yang tidak dikenal pasti dalam kenyataan itu percaya bahawa peluru tersebut datang dari tapak tentera Israel.

“Semua bukti yang ada menunjukkan bahawa seorang warganegara Amerika telah dibunuh secara tidak adil oleh kerajaan asing yang menerima berbilion dolar dalam bantuan ketenteraan AS setiap tahun untuk mengekalkan pendudukan tentera yang lama dan berakar umbi terhadap berjuta-juta rakyat Palestin,” kata keluarga Abu Akleh.

Sebagai tindak balas kepada kenyataan dan komen AS awal Isnin bahawa pembunuhan itu tidak disengajakan, keluarga itu berkata, pengumuman itu adalah penghinaan kepada keluarga Shireen dan mengabaikan sejarah serta konteks sifat kejam juga ganas yang merupakan penjajahan tentera paling lama dalam sejarah moden (merujuk kepada Israel).

“Kami berharap pihak berkuasa AS yang berkaitan seperti FBI akan membuka kes siasatan pembunuhan sama seperti yang mereka lakukan dalam kes biasa apabila warga AS dibunuh di luar negara.”

Mereka menyeru Amerika Syarikat untuk menjelaskan sejauh mana dana Amerika terlibat dalam pembunuhan Shireen Abu Akleh dan mengulangi gesaan mereka supaya negara itu menjalankan siasatan terbuka, telus dan menyeluruh.

Dalam konteks berkaitan, Peguam Negara Palestin menolak keputusan yang diumumkan oleh Jabatan Negara AS berhubung penyiasatan peluru yang membunuh Shireen Abu Akleh.

Pendakwaan awam berkata bahawa dalam kes ini, perlunya pihak berkuasa yang berwibawa untuk menjalankan penyiasatan dan sebarang hasil siasatan yang dijalankan oleh mana-mana pihak lain tidak mengikat mereka secara sah.

“Berdasarkan penyiasatan, Israel perlu tanggungjawab sepenuhnya atas pembunuhan yang disengajakan itu dan pihaknya akan berusaha untuk menyelesaikan prosedur undang-undang untuk mendakwa Israel di mahkamah antarabangsa.”

Desak AS Terlibat Dalam Siasatan

Menteri Kehakiman Palestin, Mohammed al-Shalaldeh memberitahu Al Jazeera pada petang Ahad bahawa pegawai AS telah mengembalikan peluru itu.

Seorang pegawai AS sebelum ini dilaporkan telah mendesak rakyat Palestin untuk memberikan peluru yang membunuh Shireen Abu Akleh pada minggu lalu.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, seorang jurucakap Jabatan Negara AS berkata:

“Kami telah menyatakan pandangan kami dengan jelas kepada Israel dan Pihak Berkuasa Palestin bahawa Amerika Syarikat menjangkakan penyiasatan menyeluruh, telus dan tidak berat sebelah serta bertanggungjawab ke atas pembunuhan Shireen Abu Akleh.”

Terdahulu pada Jun lalu, seramai 24 senator AS menyeru agar AS terlibat secara langsung dalam siasatan kes pembunuhan Shireen Abu Akleh.

Dalam surat kepada Presiden Joe Biden yang merancang untuk melawat Israel dan Tebing Barat akhir bulan ini, mereka menulis;

“Jelas bahawa kedua-dua pihak di lapangan tidak mempercayai pihak lain untuk menjalankan siasatan yang boleh dipercayai dan bebas. Oleh itu, pada ketika ini , kami percaya bahawa satu-satunya cara untuk mencapai matlamat ini ialah Amerika Syarikat terlibat secara langsung dalam siasatan kematian Shireen Abu Akleh.”

Tentera Israel Perlu Bertanggungjawab

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata, selepas analisis forensik yang sangat terperinci, pemeriksa bebas, pihak ketiga, sebagai sebahagian daripada proses yang diawasi oleh Penyelaras Keselamatan AS (USSC), tidak dapat mencapai kesimpulan muktamad mengenai asal-usul peluru yang membunuh wartawan Palestin-Amerika, Shireen Abu Akleh.

“Pakar balistik mendapati peluru itu rosak teruk, yang menghalang satu kesimpulan yang jelas,” jelasnya.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Price berkata, sebagai tambahan kepada analisis forensik dan balistik, USSC telah diberikan akses penuh oleh kedua-dua penyiasatan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) sejak beberapa minggu lalu. 

“Dengan meringkaskan kedua-dua penyiasatan, USSC membuat kesimpulan bahawa tembakan dari kedudukan IDF berkemungkinan bertanggungjawab atas kematian Shireen Abu Akleh,” tambahnya.

Menurut Price, USSC tidak menemui sebab untuk mempercayai bahawa pembunuhan ini adalah disengajakan, sebaliknya ia akibat daripada keadaan tragik semasa operasi ketenteraan yang diketuai oleh tentera Israel terhadap pihak Jihad Islam Palestin pada 11 Mei 2022 di Jenin, yang menyusuli beberapa siri serangan ‘pengganas’ di Israel.

“Amerika Syarikat menghargai dan terus menggalakkan kerjasama antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin dalam kes penting ini. Kami akan terus terlibat dengan Israel dan Pihak Berkuasa Palestin dalam langkah seterusnya dan menggesa akauntabiliti. Sekali lagi, kami mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga Abu Akleh,” jelas Price.

Siasatan Masih Dijalankan

Jurucakap tentera Israel, Ran Kochav berkata pada Ahad bahawa tentera sedang memeriksa peluru yang membunuh wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh untuk menentukan siapa yang melepaskannya.

“Israel sedang menjalankan pemeriksaan di hadapan Amerika termasuk seorang jeneral tiga bintang. Seperti yang dijelaskan dalam kenyataan radio pada Ahad, bahawa penyiasatan akan dilakukan oleh Israel, dengan peluru terus berada di dalam tangan seorang jeneral kanan Amerika yang berada di Israel dan akan hadir sepanjang penyiasatan.”

Peguam Negara Palestin, Akram al-Khatib mengumumkan pada Sabtu bahawa rakyat Palestin akan memberikan peluru yang dikeluarkan daripada mayat Shireen Abu Akleh kepada Amerika untuk pemeriksaan di kedutaan Amerika, sambil menambah bahawa mereka telah menerima ‘jaminan’ bahawa peluru itu tidak akan diberikan kepada orang Israel.

“Jika kami (orang Palestin) yang membunuhnya, kami akan bertanggungjawab dan menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia