Wartawan Al Jazeera dibunuh tentera Israel

Wartawan Al Jazeera dibunuh tentera Israel

TEBING BARAT – Wartawan veteran Al Jazeera, Shireen Abu Akleh telah ditembak dan dibunuh oleh tentera aparteid Israel semasa melaporkan berita dari Jenin di Tebing Barat yang diduduki.

Dalam satu kenyataan, Al Jazeera Media Network mengecam pembunuhan terang-terangan.

“Ia  melanggar undang-undang dan norma antarabangsa.”

Media itu turut menegaskan bahawa tragedi tersebut sebagai jenayah kejam yang bertujuan untuk menghalang media daripada menyampaikan mesej yang benar kepada dunia.

“Kami menganggap kerajaan Israel dan pasukan pendudukan bertanggungjawab atas pembunuhan Shireen,” tegas kenyataan itu.

Al Jazeera menyeru masyarakat antarabangsa untuk meminta pertanggungjawaban tentera penjajah Israel berikutan mensasarkan dan membunuh dengan sengaja.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Pihak Berkuasa Palestin mengutuk pembunuhan Shireen Abu Akleh sebagai jenayah kejam.

“Ia sebahagian daripada dasar pendudukan Israel yang menyasarkan wartawan untuk mengaburkan kebenaran dan melakukan jenayah secara senyap.”

Timbalan Menteri Luar Qatar, Lolwah Alkhater menegaskan bahawa pembunuhan itu sebagai keganasan Israel yang dirancang.

“Ayuh masyarakat dunia kita tegas hentikan sokongan tanpa syarat kepada Israel,” serunya.

Tentera Israel membunuh wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh dengan menembak mukanya dan beliau masih memakai jaket medianya yang tertulis ‘PRESS’.

Berikutan itu, pembunuhan pada Rabu itu telah mencetuskan kecaman masyarakat dunia, serta gesaan agar dilakukan penyiasatan menyeluruh dan pihak Israel perlu bertanggungjawab.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia