Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025: Kejayaan Besar Reformasi Institusi

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025: Kejayaan Besar Reformasi Institusi

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) menyambut baik serta menyokong penuh kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 4 Mac 2025.

Kelulusan ini menandakan satu pencapaian besar dalam usaha reformasi institusi, sekali gus memperkukuh kedudukan Parlimen Malaysia sebagai sebuah institusi yang bebas dan berdaulat.

RUU ini membolehkan Perkhidmatan Parlimen beroperasi secara berasingan daripada perkhidmatan awam, memastikan kebebasan dalam pentadbiran dan pengurusannya.

Selain itu, RUU ini turut memperuntukkan penubuhan Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) sebagai badan tertinggi yang bertanggungjawab merancang serta memantau pengurusan dan pentadbiran Parlimen Malaysia.

Kelulusan RUU ini juga menamatkan 33 tahun dominasi eksekutif terhadap pengurusan Parlimen, yang sebelum ini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Langkah ini pastinya memperkukuh prinsip pengasingan kuasa, memastikan Parlimen dapat berfungsi secara lebih bebas dan efektif dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai badan legislatif tertinggi negara.

HIKAM yakin bahawa pembaharuan ini akan memperkasakan institusi Parlimen, memperkukuh sistem demokrasi dan meningkatkan ketelusan serta akauntabiliti dalam pentadbiran negara.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)

  1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
  2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Sekretariat Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)

Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung WADAH

Shahrul Aman Mohd Saari
Setiausaha Agung IKRAM

Muhammad Aliemran Norasid
Setiausaha Agung ABIM

Mohd Sabbri Md Yudin
Setiausaha Agung HALUAN

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia