Pelancaran Kelab MyCARE dan juga MyKorban disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Ar Hj Syed Muhammad Radhi Sayed Sakkaf.
Menurut Pengurus MyCARE, En. Mohd Sazlie Ibrahim, pelancaran ini bertujuan mengetengahkan isu kemanusiaan yang melibatkan umat Islam khususnya dan umat sejagat amnya.
“Selain itu, ia dapat menyemarakkan usaha-usaha kebajikan dalam kalangan guru-guru dan murid-murid sekolah,” katanya.
Di samping itu, jelasnya, kelab ini menjadi satu platform rasmi di sekolah-sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH bagi menjuarai isu-isu dan usaha-usaha mengumpul dana bagi membantu MyCARE.
Jelasnya, inisiatif ini sudah berlangsung lebih setahun ini mula menampakkan hasil apabila banyak aktiviti kesedaran dan sumbangan yang dibuat dan diterima melalui rangkaian sekolah ini.
“Kini tiba masanya untuk inisiatif ini dilancarkan secara rasmi dan diperkenalkan kepada umum.”
Pengerusi Unit Kokurikulum dan KRS MUSLEH merangkap Penasihat Kelab MyCARE, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa turut menyerahkan sumbangan korban kepada MyCARE sebagai simbolik pelancaran MyKorban.
Turut hadir dalam pelancaran itu Pengerusi Kelab MyCARE, Kapten KRSM Rofazlin Jusoh, Pengurus MyKorban, En. Abdul Hafidz Hashim, Sekretariat Unit Kokurikulum IKRAM MUSLEH, Guru-guru Penyelaras Kelab MyCARE dan para pelajar sekolah-sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH berhampiran.
MyKorban kini menawarkan pakej korban dan akikah terbaru iaitu pakej sejuk beku dan tin. Mereka yang berminat boleh melayari http://mykorban.org atau https://www.billplz.com/mykorban.