Sebagaimana kita ketahui, keganasan terhadap wanita boleh menyebabkan impak yang sangat besar bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi mental.
Oleh yang demikian, inisiatif webinar ini diambil oleh Wanita IKRAM bertujuan untuk memberikan pengetahuan yang jelas kepada masyarakat daripada pelbagai perspektif oleh pakar-pakar yang berpengalaman dalam isu ini.
Webinar ‘Wanita Disayangi Bukan Dikasari’ ini, akan berlangsung esok, Sabtu, 5 Disember 2020, bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang dan akan dirasmikan Oleh Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh, yang mengetengahkan barisan panelis bersama pelbagai topik menarik.
Topik ‘Akta Berkaitan Isu Keselamatan Wanita’ akan disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Psikologi, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Raja Kamariah Raja Mohd Khalid.
Topik ‘Peranan NGO Dalam Isu Keselamatan Wanita’ pula akan dibentang oleh Pengarah Advokasi Women’s Aid Organisation (WAO), Encik Yu Ren Chung.
Seterusnya, topik ‘Nasihat Kepada Si Pelaku’ akan dikupas oleh Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), YAA Dato’ Dr Mohd Na’im Hj Mokhtar.
Manakala topik ‘Rumah Perlindungan, Tempat Berteduh Sementara’ disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI), Puan Azlina @Roszy Mohamad Ghaffar.
Timbalan Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof Madya Dr. Norhasmah Sulaiman sebagai moderator webinar yang akan diadakan. Rakyat Malaysia boleh menontonnya secara langsung menerusi laman Facebook Pertubuhan IKRAM Malaysia, Wanita IKRAM Malaysia dan YouTube TV IKRAM.
FB Wanita IKRAM Malaysia: fb.com/WanitaIkramMalaysia
FB Pertubuhan IKRAM Malaysia: fb.com/ikram.malaysia
TV IKRAM: youtube.com/c/ikrammalaysiaTV
Daftarkan penyertaan anda di http://bit.do/Hentikankeganasan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Susilawati di talian 019-6337065.