“..malah (ia) melangkaui serangan ke atas hak asasi dan sivil rakyat yang tidak munasabah; membuatkan kita berada di hadapan perjuangan yang belum selesai iaitu menuntut keadilan undang-undang terhadap jenayah ke atas kemanusiaan dan jenayah perang,” jelas M4E.
Sempena Hari Mahasiswa Sedunia pada 17 November 2015, para mahasiswa seluruh dunia memperingati hari perjuangan mereka untuk menuntut hak-hak mereka dalam pendidikan dan politik di negara yang bebas yang menjamin keamanan sosial dan menyediakan peluang berdialog serta menghormati hak-hak rakyatnya.
“Walau bagaimanapun, ianya amat berbeza di Mesir di mana semua hak ini telah dinafikan sejak berlakunya rampasan kuasa tentera pada 3 Julai 2013 yang lalu,” tambah M4E.
Dalam satu kenyataan media sempena Hari Mahasiswa Sedunia, M4E menjelaskan bahawa para mahasiswa telah berada di barisan hadapan berdepan kuasa tentera bagi mempertahankan hak-hak dan kebebasan ini dan keadilan yang paling mencabar dalam peralihan demokrasi Mesir selepas revolusi Januari 2011.
M4E turut mengemukakan status 42 kes pencabulan hak-hak mahasiswa di universiti awam dan swasta seluruh Mesir iaitu:
- Lebih dari 234 kes pembunuhan luar rangka undang-undang di tangan rejim kudeta, termasuk 22 pelajar yang terbunuh di dalam kawasan universiti mereka dan 8 mahasiswa lain diseksa dan dibunuh oleh pihak polis semasa dalam tahanan.
- 566 mahasiswa dilaporkan hilang selepas ditahan pihak berkuasa tanpa apa-apa pengesahan undang-undang atau kenyataan rasmi atas penahanan mereka.
- 4,573 mahasiswa ditangkap kerana latar belakang pandangan politik mereka.
- 1,223 mahasiswa diberhentikan dari universiti dan dihalang daripada menamatkan pengajian.
- 160 mahasiswa dikenakan seksaan di balai polis dan di pusat tahanan.
Kenyataan media yang dikeluarkan dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina ini adalah tanda “Perpaduan dan Keharmonian” dan mengisytiharkan solidariti M4E terhadap apa yang terjadi.
“Ia juga turut memberi kesan buruk kepada seluruh dunia jika keganasan menjadi satu-satunya cara untuk berkuasa dan ia akan melemahkan landasan politik serta mengganggu transformasi demokrasi dalam berdepan penentangan rakyat secara aman serta keganasan yang berlebihan oleh pihak berkuasa Mesir,” kata M4E.
Tegas M4E lagi, ia adalah di luar kerangka proses politik yang rasional bagi mengurus kepelbagaian dalam masyarakat yang aman damai dan aktiviti politik yang bertamadun.
Mewakili masyarakat Malaysia yang prihatin, M4E turut menyeru masyarakat antarabangsa dengan “Perpaduan dan Keharmonian” dan mengisytiharkan solidariti bersama mahasiswa universiti-universiti di seluruh Mesir, para kakitangan akademik dan semua yang bertanggungjawab dalam sistem pendidikan dengan mengutuk keganasan oleh rejim kudeta yang dianggap akan menjadi sebahagian daripada keganasan peringkat antarabangsa.
Sumber: Mesir Kini