Kedutaan China Bekerjasama Bantu Mangsa Banjir

KUALA TERENGGANU – Yayasan Ikram Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Malaysia telah menganjurkan Majlis Penyerahan Bantuan Kemanusiaan bagi membantu mangsa banjir di Terengganu. 

Majlis ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa di sini dan menyaksikan penyerahan barangan keperluan asas seperti tilam, selimut, bantal dan tuala kepada 500 keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Keseluruhan sumbangan yang terkumpul berjumlah RM150,000 hasil sumbangan orang ramai, badan korporat dan institusi seperti Kedutaan Besar China.

Majlis penyerahan ini telah dihadiri oleh Duta Besar Republik Rakyat China di Malaysia, Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing, yang menyampaikan ucapan mengenai kerjasama berterusan antara Kedutaan China dan Yayasan Ikram Malaysia.

 

Menurut beliau, pihaknya sering bekerjasama dalam inisiatif semasa bulan Ramadan dan ketika bencana alam, untuk membantu rakan-rakan Malaysia yang memerlukan, terutamanya rakan-rakan Muslim.

“Dalam lawatan ke Terengganu ini, kedutaan telah secara khusus mempercayai Yayasan Ikram Malaysia untuk membeli barangan keperluan bagi keluarga yang terjejas akibat banjir, sebagai tanda kehangatan dan persahabatan daripada kerajaan dan rakyat China. Kami berharap bantuan kami dapat membantu semua orang mengharungi cabaran ini,” jelas Ouyang.

Sebanyak 250 penerima dari Kampung Pulau Rusa telah menerima sumbangan pada hari Ahad, manakala baki 250 lagi bantuan akan diagihkan oleh sukarelawan Yayasan Ikram Malaysia ke daerah-daerah lain yang terjejas.

Selain daripada Duta Besar, majlis ini dihadiri oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Hj Azran Amin Mazlan dan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hj Haji Badlishah Sham Baharin dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikram Malaysia, Hj Ainullotfi Abdul Latif bersama barisan pengarah jabatan kerajaan, sukarelawan yayasan dan Pengerusi JPKK setempat.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Ts. Dr. Zaharuddin Saidon, Yang Dipertua IKRAM Terengganu, Hj Jalaluddin Adam, Pengurus Negeri Yayasan Ikram Malaysia, Ts. Mohd Hazrul Hashim serta Pengurus Kawasan, Dr. Ahmad Fayas Ahmad Najib.

Menurut Hj Badlishah Sham, ini bukanlah kali pertama Yayasan Ikram Malaysia bekerjasama dengan Kedutaan Besar China, malah mereka telah berganding bahu dalam beberapa inisiatif lain sebelum ini.

Beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Kedutaan Besar China atas sumbangan dan sokongan berterusan kepada program bantuan yayasan itu.

Majlis diakhiri dengan penyerahan gimik sebahagian daripada penerima sebelum majlis bersurai.

Lagi foto: Majlis Penyerahan Bantuan Kemanusiaan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia