Kecam serangan kimia, hukum rejim Assad!

Dalam satu sidang media yang diadakan semalam, Pengerusi Gabungan NGO Kemanusiaan Syria, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata bahawa pada 4 April yang lalu, media sosial telah dibanjiri dengan foto-foto yang menunjukkan kesan serangan kimia gas sarin.

“Menurut laman Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), serangan ini telah mengorbankan 58 orang termasuk 11 orang kanak-kanak dan 160 orang cedera. Kami percaya jumlahnya semakin meningkat”.

Mangsa yang terkena gas sarin akan mengalami kegagalan otot dan organ untuk berfungsi di mana paru-paru tidak dapat menjalankan tugas untuk menghirup oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.

Pandangan mangsa akan menjadi kabur, hidung berair dan sebagainya serta menghadapi kematian yang amat menyeksakan dalam tempoh satu sehingga 10 minit.

“Kami difahamkan serangan gas sarin ini sekalipun ada yang terselamat, tanpa rawatan yang wajar mereka akan mengalami masalah neurologikal sepanjang hayat”, tambahnya.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak rejim telah mensasarkan serangan ini terhadap hospital, tadika dan sekolah.

“Serangan pada zaman ini adalah serangan yang benar-benar disasarkan kepada sasaran yang hendak dituju, bukan seperti dahulu”, ucapnya.

GNKS menyeru semua pihak untuk bersama-sama mengenakan tekanan ke atas rejim Assad dan sekutu-sekutunya agar mereka mematuhi tuntutan Resolusi 2118 yang diluluskan PBB pada 2013 yang berkaitan dengan pelupusan senjata kimia.

Malah, jika pihak rejim enggan mematuhi resolusi tersebut, GNKS menyeru pihak antarabangsa tidak teragak-agak menghukum rejim berdasarkan Piagam PBB.

Rombongan GNKS dikerumuni pihak media selepas serahan memorandum di pejabat kedutaan Syria

Usai sidang media, satu memorandum bantahan diserahkan kepada Duta Besar Syria di Malaysia daripada GNKS bagi mewakili rakyat Malaysia yang prihatin.

Walau bagaimanapun, rombongan GNKS ternyata kecewa apabila kedatangan mereka ditolak dan pejabat kedutaan Syria hanya menghantar wakil mereka untuk menerima memorandum tersebut.

Kedatangan mereka ditolak alasan tiada temu janji sedangkan sudah dimaklumkan beberapa kali, sudah berhubung dengan pihak Kementerian Luar Malaysia mengenai isu ini serta alasan sudah tamat waktu kerja, walaupun rombongan telah hadir dalam waktu kerja, pada jam 3.30 petang.

Foto: FB i4SYRIA

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia