Kebisuan negara-negara normalisasi

Bagaimana reaksi negara-negara Arab yang telah menormalisasikan hubungan dengan Israel terhadap tragedi yang berlaku di Palestin?
 

Wartawan akhbar di Timur Tengah, Martin Chulov mengatakan bahawa penolakan negara-negara normalisasi seperti Bahrain, UAE, Maghribi dan Sudan mengecam apa yang berlaku di wilayah-wilayah Palestin yang dijajah membuatnya berhadapan dengan konflik daripada rakyat mereka sendiri.

 

Laporan itu menyatakan bahawa sewaktu Israel dan Hamas mendekati perang habis-habisan, perang naratif turut meletus antara negara-negara Arab. Untuk pertama kalinya dalam banyak pertembungan antara kedua-dua musuh itu, rantau Arab berbelah bahagi mengenai siapa yang harus dipersalahkan dan apa yang harus dilakukan untuk menghentikan pertempuran yang terjadi.

 

Sementara negara-negara umat Islam lain seperti Iran, Turki menuduh Israel mencipta keganasan di Masjid al-Aqsa hingga mencetuskan peperangan di Gaza. Manakala negara-negara lain yang mengecam Israel pada masa lalu mengambil sikap membisu.

 

Tindakan relatif yang dipimpin oleh negara-negara yang menandatangani perjanjian normalisasi di bawah naungan Donald Trump dan yang menjadi pembawa Perjanjian Abraham hari ini terus menyepikan diri.

 

UAE, Bahrain, Sudan dan Maghribi mendapati mereka berada dalam posisi yang dipaksa untuk menyeimbangkan hubungan baru dengan Israel. Akan tetapi, warganegara mereka sendiri dengan jelas menyatakan kecaman terhadap keganasan yang Israel lakukan.

 

Dalam pada itu, situasi di rantau ini meramalkan bahawa tindak balas campur tangan terhadap perang menempatkan kekuatan wilayah dalam situasi yang membimbangkan rakyatnya.

 

Teganya mereka terus membisu!

 

Ketua Biro Persefahaman Arab-Britain, Chris Doyle mengatakan:

“Sangat mengejutkan dalam situasi yang tidak menguntungkan ini terutama UAE, mereka tidak menzahirkan sepatah pun kata kritik tentang apa yang sedang terjadi di Israel dan wilayah Palestin yang dijajah.”

 

“Pesanan yang dikirim daripada kepimpinan UAE bahawa kita tidak akan berganjak daripada pakatan yang ada dengan Israel, yang mereka anggap sebagai penting dalam rancangan masa depan, termasuk menghadapi Iran, Turki dan kelompok Ikhwanul Muslimin.”

 

Beliau berkata, ada ruang untuk mengeluarkan pernyataan yang menyokong hak-hak Palestin tanpa sokongan Hamas tetapi mereka tidak melakukannya.

 

Sebuah tanda pagar (#) ‘فلسطين ليست قضيتي’ (Palestin bukan tujuan saya) yang nampaknya disokong beberapa negara normalisasi, berlegar pada hujung minggu lalu di UAE, Bahrain dan Kuwait. Namun, ia tidak mempengaruhi dukungan yang meluas rakyat terhadap Palestin di akaun Twitter dan mengecam adegan keganasan di Gaza, Baitulmaqdis Timur oleh Israel.

 

“Kerajaan-kerajaan negara tersebut (yang telah membuat normalisasi) ini bertentangan dengan pendapat rakyat mereka,” kata Penyelidik daripada Carnegie Middle East Center, Muhannad Haji Ali.

 

Menurutnya lagi, mereka berusaha untuk mengikuti posisi dalam dasar luar negeri yang tidak mereka guna pada masa lalu, yang sama dengan penjajahan Israel dan dasar Israel di wilayah tersebut.

 

“Ini juga tentunya tidak akan memberi kesan kepada Israel, melainkan pada sekutu Arab barunya yang akan merosakkan kedudukannya.”

 

Dalam pada itu, Media Doyle berkata, rejim Israel tetap merasakan tekanan terhadap seruan dan kritikan masyarakat Arab walaupun dalam kalangan rakyat negara yang telah menjalinkan normalisasi.

 

Akhbar itu turut memberitahu bahawa tindak balas media terhadap konflik hampir tidak disiarkan di akhbar UAE, Bahrain dan Arab Saudi!

 

Sebelumnya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengunjungi Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman di Neom pada awal tahun ini, dan sejak itu hubungan antara kedua-dua negara semakin akrab daripada yang dibayangkan.

 

Bahkan tanpa langkah yang kuat menuju normalisasi, kerajaan mengguna pakai posisi menyeru solusi dua negara berdasarkan inisiatif Liga Arab, yang merupakan inisiatif Arab Saudi untuk memulakan dan langsung tidak menggunakan bahasa penentangan seperti keadaan di negara-negara kecil di wilayah tersebut.

 

Boleh jadi terdapat perbezaan antara kedudukan Raja Salman dan putera mahkotanya!

 

Kedudukan antarabangsa

 

Semua organisasi dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi hak asasi manusia lain hampir sebulat suara mengutuk provokasi Israel dan menuntut agar berhenti mengganggu para jemaah di Masjid al-Aqsa atau demonstrasi damai di Sheikh Jarrah.

 

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia menuntut agar Israel segera menghentikan semua pemindahan keluarga di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur.

 

Jurucakap Suruhanjaya, Robert Colville mengatakan bahawa perintah evakuasi (pemindahan) jika dikeluarkan dan dilaksanakan, akan melanggar kewajipan Israel berdasarkan undang-undang antarabangsa dan boleh dianggap sebagai kejahatan yang perlu ditentang.

 

Beliau juga turut meminta Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore untuk melindungi kanak-kanak dan tidak menjadi sasaran Israel.

 

Dalam pada itu, Perwakilan PBB untuk Perikatan Peradaban, Miguel Angel Moratinos menyatakan rasa tidak puas hati dan keprihatinannya terhadap konflik ganas yang berlaku baru-baru ini di Masjid al-Aqsa, masjid suci umat Islam.

 

Beliau turut meminta agar menghormati kesucian tempat keagamaan dan hak para jemaah untuk melaksanakan upacara tradisi keagamaan mereka dengan aman serta selamat tanpa rasa takut atau ugutan.

 

Dalam satu kenyataan, United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) merayu agar Israel menghentikan pembunuhan terhadap kanak-kanak di Palestin.

 

Sementara itu, pakar-pakar hak asasi manusia menyatakan keprihatinan besar atas tindakan agresif Israel terhadap protes di Jerusalem, dan meminta Israel agar segera mengakhiri ancamannya untuk mengusir ratusan keluarga Palestin daripada kediaman mereka yang dilindungi secara sah.

 

Pernyataan itu ditandatangani oleh Pelapor Khas mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, Michael Link dan pelapor khas mengenai perumahan, Balakrishnan Rajagopal.

 

Dalam kenyataan mereka, pakar-pakar mengatakan:

“Memulihkan ketenangan di Baitulmaqdis adalah penting tetapi mewujudkan syarat untuk mencapai keadilan dan kesaksamaan di kota itu lebih utama.”

 

The Jerusalem Caravan

 

Dalam pada itu, apa yang uniknya di Istanbul, beberapa organisasi masyarakat Turki mengadakan demonstrasi tunjuk perasaan dengan kereta bertemakan The Jerusalem Caravan bagi mengecam pencerobohan Israel baru-baru ini di wilayah Palestin. Saksikan di (https://fb.com/watch/arabpostonline/).

 

Para penunjuk perasaan membawa bendera Turki dan Palestin ketika mereka melalui bandar, mengutuk kejahatan penjajahan Israel terhadap rakyat Palestin, di tengah-tengah interaksi dan sokongan orang ramai yang melalui jalan konvoi itu.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia