Karnival Ko-Kurikulum MGBSIM dorong cintakan ilmu, amal Islami

Program anjuran Pusat Pendidikan SRI-SMI Musleh itu bertujuan mencapai lima matlamat antaranya melahirkanpelajar yang berdisiplin, bergantung kepada Al-Khaliq dan redha dengan keputusan-Nya. Selain itu, ia bermatlamat menanamkan kecintaan terhadap ilmu dan amal Islami serta membentuk pelajar yang mempunyai semangat juang yang tinggi, mampu dan boleh bekerja dalam pasukan.

Di samping dapat mengeratkan ukhuwah fillah dalam kalangan pelajar dan guru, karnival ini boleh mendorong pelajar untuk beriltizam dengan cara hidup Islam di sepanjang program dan mencungkil bakat dan kebolehan mereka.


Menurut Ustazah Fauziah Ab Salam selaku pengarah Karnival Ko-Kurikulum MGBSIM 2012 merangkap Pengetua SMIH, seramai lebih 1,160 orang pelajar telah mengambil bahagian. Mengambil kira guru-guru pengiring dan AJK penganjur yang bertugas, jumlah keseluruhan yang terlibat dianggarkan seramai 1500 orang.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Hafazan, Tilawah, Nasyid, Kalam Jama’i, Azan, Story Telling dan Pidato tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Hasil daripada pertandingan dua hari berturut-turut itu, Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (gambar bawah kanan) telah muncul sebagai juara untuk kategori sekolah menengah manakala kategori sekolah rendah pula dimenangi oleh Sekolah Rendah Islam Al-Islah Sungai Petani.

Keputusan penuh acara pertandingan dalam Karnival Ko-Kurikulum MGBSIM adalah seperti berikut:

Kategori Sekolah Menengah (Keseluruhan)

  • Johan : Sek Men Islam Hidayah Johor Bahru, Johor.
  • Naib Johan: Sek  Men Islam Hira‘ Jeram Klang, Selangor.
  • Tempat ke 3 : Sek Men Al-Islah Sungai Petani, Kedah.

Kategori Sekolah Rendah (Keseluruhan)

  • Johan : SRI Al-Islah Sungai Petani, Kedah.
  • Naib Johan : SRI Al-Azhar Jitra, Kedah.
  • Tempat ke 3 :  SRI  Hidayah, Johor Bahru, Johor.

Perasmian penutup program itu disempurnakan oleh Ustaz Megat Mohd Amin Megat Mohd Nor (gambar bawah kiri), Pengerusi dan Pengarah Eksekutif MUSLEH Malaysia yang turut menyampaikan hadiah kepada para peserta pertandingan dan pihak sekolah bagi acara keseluruhan.


“Alhamdullillah pada tahun ini, peserta karnival kokurikulum MGBSIM merupakan paling ramai berbanding dua tahun lepas. Amat bersyukur kerana  kami sebagai penganjur dapat menampung keperluan penginapan dan makanan semua peserta, AJK serta para sukarelawan”, kata Ustazah Fauziah ketika ditemui di akhir majlis.

Karnival Ko-Kurikulum ini dirangka menekankan aspek tarbawi secara praktikal, sesuai dengan tema kali ini, Amal Islami Menjana Generasi Musleh. Ini termasuklah mematuhi etika pakaian, adab pergaulan, solat jemaah dan juga pemantapan rohani yang melibatkan tazkirah, tilawah, qiamullail dan zikir harian.

Semua peserta bukan hanya terlibat dalam acara pertandingan sahaja, tetapi juga telah dipantau melalui borang mutabaah amal yang telah diedarkan  melalui ketua kontinjen sekolah masing-masing. Aspek tersebut  diberi penekanan  agar karnival ini berjaya dilaksanakan seiring dengan objektif yang telah digariskan.

Setinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan Karnival Kokurikulum ke-3 ini. Moga Allah SWT mengganjari segala amal ikhlas tersebut, Amin.

*Gambar utama: Juara nasyid kategori sekolah menengah, SMI Hidayah JB.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia