Karnival Keluarga Utuh Madani Tarik 2,000 Pengunjung

Karnival Keluarga Utuh Madani Tarik 2,000 Pengunjung | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Kira-kira 2,000 orang mengunjungi dan memeriahkan Karnival Keluarga Utuh Madani (KKUM) 2023 di Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur pada Ahad. 

Orang ramai mula membanjiri tapak karnival seawal 8 pagi menyebabkan keadaan jalan turut sesak. Slot senaman pagi memulakan acara KKUM dengan kehadiran para ibu bapa dan anak-anak yang memenuhi ruangan dewan. 

Para pengunjung kemudiannya dihiburkan dengan persembahan menarik daripada kumpulan nasyid The Prophecies yang membawakan beberapa buah lagu bertema kekeluargaan dan Palestin.

“Karnival seperti ini adalah pesta yang mengikat kita bersama di mana kasih sayang menjadi asas kepada setiap keluarga,“ ujar Ahli Parlimen Batu, YB P. Prabakaran dalam ucapan perasmiannya.

“Ada aktiviti untuk semua orang di sini yang direka untuk bawa keharmonian, gelak tawa dan keseronokan bagi semua, melupakan seketika kebimbangnan di luar.”

Dalam pada itu, beliau turut mengajak pada hadirin untuk tidak lupa pada kesengsaraan masyarakat Palestin d Gaza dengan menyalurkan sumbangan melalui tabung yang disediakan penganjur. 

Beliau turut menzahirkan perasaan bangga terhadap IKRAM kerana tetap mementingkan perpaduan walapun IKRAM adalah pertubuhan berasaskan Islam.

“Parlimen Batu akan terus memberikan sumbangan pada IKRAM untuk penganjuran aktivitinya pada masa depan.”

Karnival ini merupakan acara kemuncak Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (SBKK) 2023 anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan sokongan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). 

Naib Presiden IKRAM, Prof. Dr Hanim Salleh menyebut, KKUM adalah waktu yang  istimewa untuk semua keluarga berkumpul bagi mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan mencipta kenangan yang bererti.

“Kehidupan yang sibuk pada masa kini menyebabkan kita mudah mengabaikan masa berkualiti dengan orang-orang yang disayang kerana terperangkap dengan masa.”

“Acara seperti hari ini berfungsi sebagai peringatan agar kita sentiasa menghargai orang-orang tersayang.”

Beliau turut menyatakan, penganjuran KKUM pada tahun ini juga disertai Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang diberi ruang pameran dan slot khas bagi menyampaikan penerangan tentang perkhidmatan mereka. 

“Diharapkan penyaluran informasi daripada agensi ini dapat memberikan pencerahan dan memudahkan urusan keluarga yang berpendapatan rendah.”

Reruai yang menyertai karnival menawarkan pelbagai aktiviti  termasuk pemeriksaan kesihatan, petting zoo, jualan, pameran dan cara pengendalian dron. Cabutan bertuah berupa pelbagai barangan berjumlah RM5,000 yang disediakan penganjur menjadi daya penarik KKUM. 

Kid’s Corner menjadi tumpuan peserta kanak-kanak apabila menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti memanah tradisi, belajar mendekorasi cupcake, face painting, persembahan silap mata, pertandingan mewarna, hafazan dan acara ‘read aloud’ tentang Palestin. Popcorn dan aiskrim turut diberikan secara percuma. 

Seorang pengunjung yang anaknya menjadi peserta pertandingan melahirkan rasa seronok menyertai KKUM.

“Tahniah buat penganjur, peserta yang berjaya dan semua yang terlibat,” ujarnya. 

“Anak-anak gembira dan seronok menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.”

Pengunjung yang dikenali sebagai Sarah mengucapkan penghargaan atas pengalaman dan perkongsian yang diraih serta turut memberikan cadangan penambahbaikan untuk penganjuran akan datang,

Karnival melabuhkan tirainya dengan ucapan penutup oleh Ketua Kluster Masyarakat Progresif IKRAM, Hj Ainullotfi Abdul Latif yang menyatakan penghargaan kepada  pasukan SBKK 2023, seluruh jawatankuasa pelaksana KKUM dan rakan kolaborasi atas kejayaan masing-masing menggerakkan kempen dan karnival tersebut. 

Jawatankuasa pelaksana KKUM diketuai Hj Wan Mohd Zukri Che Mat Zin, Yang Dipertua IKRAM Kawasan Batu, yang turut dibantu oleh IKRAM Pusat dan sukarelawan IKRAM Kawasan-kawasan di Kuala Lumpur.

“IKRAM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung, pemenang dan peserta pertandingan, KRT, komuniti setempat yang bersama-sama memeriahkan karnival ini dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung,” tambah Hj Ainullotfi.

“Penting bagi institusi kekeluargaan diperkukuhkan bagi mendepani cabaran semasa yang terdedah kepada pelbagai unsur negatif yang berlegar dalam masyarakat.”

Beliau mengharapkan penganjuran program sebegini dapat menggalakkan budaya kekeluargaan yang positif dan harmoni.

Karnival Keluarga Utuh turut mendapat kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Persatuan Penduduk Taman Koperasi Polis Fasa 2, Yayasan Ikram Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sentul, IKRAM Clinic Sentul dan University College MAIWP International (UCMI).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia