Kamarul Zaman dipilih Presiden SEAHUM baharu

Sembilan perwakilan NGO kemanusiaan telah bersepakat melantik beliau atas dasar MyCARE adalah sebuah NGO yang berpengalaman, dipercayai juga telah lama menyertai SEAHUM dan bekerjasama dengan beberapa agensi kemanusiaan Asia Tenggara.

“Persetujuan telah diberikan kepada MyCARE. Dengan lafaz Bismillah, kami sebulat suara memberikan mandat ini kepada organisasi MyCARE,” kata Pengerusi Mesyuarat, Dr Imam Rulyawan, MARS.

Mesyuarat yang berlangsung pada 21-23 Februari itu juga bersetuju melantik Naib Presiden I Jabatan Advokasi dan Diplomasi daripada NGO PAHAM Indonesia dan Timbalannya daripada Yayasan Ummatee Thailand.

Dalam pada itu, Naib Presiden II dalam Bidang Kerjasama dan Sinergi adalah daripada HALUAN disertai oleh Timbalannya iaitu Global Ehsan Singapura, manakala Naib Presiden III Jabatan Pembinaan Kapasiti daripada Rumah Zakat Indonesia.

“Setiap organisasi dalam SEAHUM memiliki fokus untuk kemanusiaan. Dalam hal ini, pentingnya pengalaman untuk menjaga visi, misi dan melanjutkan perjalanan, sehingga berpeluang untuk terus dikelola dengan baik, dapat membuka jalur dan saling sinergi, merekrut banyak lagi anggota SEAHUM,” ujar Dr Imam Rulyawan.

Mesyuarat tahunan ini diakhiri dengan penyerahan bendera SEAHUM secara simbolik oleh Presiden sesi sebelumnya, Dr Imam Rulyawan kepada Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Presiden SEAHUM baharu, Hj Kamarul Zaman.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia