Kakitangan IKRAM, JKP bersantai dalam kehijauan rimba

Hari Keluarga Kakitangan IKRAM

SUA cuba dicabar tetapi beliau sempat mengumpan bola tersebut kepada Naib Presiden. Dan dengan secepat kilat, Naib Presiden melancarkan serangan menyebabkan seorang ‘musuh’ terjelepuk ke tanah.

Pelik? Tetapi itulah antara yang berlaku pada program Hari Keluarga Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM bersama Ahli Jawatankuasa IKRAM Pusat (JKP) pada Selasa, 25 Disember yang lalu. Bersempena cuti umum Hari Krismas, mesyuarat pengurusan ibu pejabat memutuskan untuk meraikan seluruh kakitangan dan JKP berserta keluarga masing-masing buat julung-julung kalinya. Majlis setengah hari yang cukup meriah tersebut telah berlangsung di Kem Rimba Tamu Batang Kali dekat sini dan dihadiri kira-kira 250 orang.


Selain permainan ‘Bola Beracun’ di atas, yang kebetulan ramai pemimpin tertinggi IKRAM diundi dalam satu kumpulan, permainan lain yang bertujuan merapatkan ukhuwah seperti ‘Memory Lane’, ‘Mujahid’, ‘Balloon Attack’, ‘Dropping Ball’, ‘Shoot Target’ dan ‘Running Man’ turut disediakan. Kaum ibu juga menyertai pertandingan mengukir tembikai manakala anak-anak berumur bawah lima tahun bersaing merebut gula-gula. Ramai peserta mengambil peluang mandi di sungai yang jernih airnya di bahagian belakang kem.

Sepanjang program, para peserta menikmati buah-buahan tempatan seperti rambutan, pulasan, manggis, duku langsat dan durian serta pelbagai jenis kuih-muih. Jamuan makan tengah hari pula berupa nasi goreng dan bbq ayam serta kambing panggang.

Semua permainan,  persiapan tempat serta aturcara dan perjalanan program disediakan oleh para peserta ‘Madrasatul Hayah IKRAM’ (MH-i) yang kebetulan sedang berprogram selama sebulan di kem tersebut. Mereka turut membuat persembahan khas dua buah nasyid penuh semangat dengan gaya yang menarik.

Selepas solat Zuhur berjemaah, acara pembahagian hadiah dan cabutan bertuah dilakukan. Sebanyak 30 hadiah misteri cabutan bertuah disediakan, manakala hadiah permainan terdiri daripada hamper makanan dan barang-barang kegunaan harian.

IKRAM Hulu Selangor selaku tuan rumah turut mengambil peluang menjemput Presiden IKRAM menyampaikan anugerah pencapaian akademik kepada anak-anak ahlinya. Satu anugerah khas diberikan kepada En Ibrahim, penggerak Orang Asli yang banyak membantu IKRAM Hulu Selangor dalam program-program yang dijalankan.

Majoriti kakitangan ibu pejabat IKRAM hadir berserta ahli keluarga masing-masing. Ahli-ahli JKP yang hadir adalah Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad (Presiden), Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom (Timbalan Presiden), Ustazah Maznah Daud (Ketua Wanita), Hj Syed Ibrahim Syed Noh (Naib Presiden) Hj Zaid Kamaruddin (SUA), Hj Mohamad Yaakub Idris (PSUA), Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria, Hj Nahar Md Nor, Ustaz Megat Mohamed Amin, Hj Shaharom Md Shariff dan Hj Shahrul Aman Saari.

Lebih istimewa apabila Perunding Tarbiah, Syeikh Muhammad Hameed Elawa (Syeikh Hameed) turut hadir bersama isteri dan lima orang anaknya. Sementara itu, IKRAM Hulu Selangor diwakili oleh YDP, Dr Muhammad Azhar Zailaini dan beberapa orang AJK Daerah.

Presiden dalam ucapan perasmiannya berharap program seperti ini akan dapat memperkuat tali silaturahim dalam perjalanan menjayakan agenda IKRAM pada masa hadapan.

“Kita bersyukur kepada Allah kerana dapat bertemu dalam keadaan santai begini, menjalankan kegiatan yang dibenarkan syarak, dinaungi Allah dan malaikat dalam lingkungan yang diharuskan. Mudah-mudahan kita dapat saling mengenal antara satu sama lain dengan lebih jauh dan ada kebaikan yang berpanjangan di dunia hingga khirat,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran anak-anak muda di kem MH-i yang bakal mewarisi perjuangan ibu bapa, abang-abang dan kakak-kakak mereka sebelum ini setelah mereka dibekalkan dengan kemahiran yang pelbagai.

Terima kasih kepada Ustaz Shamsul Maarif Ismail selaku Pengarah Program dan pasukannya yang telah mengilhamkan idea dan menjana tenaga. Terima kasih kepada IKRAM Hulu Selangor selaku tuan rumah yang banyak membantu dan menambah kemeriahan. Terima kasih kepada Mohd Hafiz Abdul Hamid (Hafiz Bai) serta anak-anak MH-i yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan program sehingga berjalan dengan lancar sekali. Dan tidak lupa juga, terima kasih kepada pemilik Kem Rimba Tamu, Hj Othman Ahmad yang telah membenarkan program berlangsung di sini.

Ustaz Shamsul berpendapat, tiga objektif yang digariskan JK Pelaksana dalam melaksanakan Hari Keluarga ini tercapai. Tiga objektif tersebut adalah:

1. Sebagai ruang untuk saling bertaaruf dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli JKP, pengurusan, kakitangan dan ahli keluarga.

2. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

3. Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan ahli JKP, pengurusan dan kakitangan sekali gus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

Mudah-mudahan program Hari Keluarga seperti ini menjadi satu wasilah yang dapat mengikat hati-hati aktivis IKRAM dan anggota keluarganya dengan ikatan iman, ikatan persaudaraan dan ikatan perjuangan, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia