Kakitangan IKRAM, JKP bersantai dalam kehijauan rimba

Hari Keluarga Kakitangan IKRAM

HULU SELANGOR – Presiden IKRAM memegang bola. Dengan sedikit acahan, beliau melepaskan bola tersebut lalu disambut oleh Penolong Setiausaha Agung (PSUA). PSUA tangkas melorongkannya pula kepada Setiausaha Agung (SUA). Suasana semakin gamat. ‘Musuh’ bertempiaran lari menyelamatkan diri.