Pertemuan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan mahabbah antara IKRAM dan kesatuan tersebut serta saling bertukar pandangan sekitar perkembangan dunia Islam masa kini.
IKRAM turut berkongsi pandangan mengenai visi IKRAM untuk membangunkan Negara Rahmah di Malaysia sementara Syeikh al-Raissouni memberikan pandangan mengenai maqasid syariah dan aplikasinya di negara-negara Islam.
Mewakili JKP IKRAM, Presiden Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad melahirkan penghargaan kepada Syeikh al-Raissouni atas kesudian bertemu dan berkongsi pandangan dalam rangka lawatan dakwahnya di Malaysia.