Jerebu: El Nino Tingkat Kebakaran Hutan di Indonesia

Jerebu: El Nino Tingkat Kebakaran Hutan di Indonesia | IKRAM

Lebih 257,900 hektar hutan telah dilaporkan dibakar setakat ini di Indonesia mengatasi jumlah keseluruhan 204,894 hektar sepanjang 2022, menurut data Kementerian Alam Sekitar Indonesia. 

Musim kemarau di Indonesia pada tahun ini disifatkan sebagai keadaan yang paling teruk sejak 2019 ekoran fenomena El Nino yang menjadikan cuaca panas dan kering. Keadaan ini memudaratkan lagi penularan kawasan hutan yang dibakar. 

Amalan pembakaran hutan oleh petani atau perusahaan pertanian untuk membersihkan tanah untuk perladangan merupakan kebiasaan pada setiap tahun. Tahun ini, pihak berkuasa mengalami kesukaran memadamkan kebakaran hutan ekoran El Nino.

Keadaan ini telah menyebabkan beberapa bandar di Sumatera dan Borneo diselimuti jerebu. Beberapa kawasan di Kalimantan Tengah, Borneo melaporkan jarak penglihatan kurang daripada 10 meter.

Pihak berkuasa telah mengarah pembelajaran jarak jauh untuk pelajar di bandar Palembang dan Jambi di Selatan Sumatera kerana tahap pencemaran udara yang teruk. Keadaan kesihatan penduduk terjejas terutamanya golongan rentan seperti warga emas dan kanak-kanak.

Di Kalimantan Selatan, keadaan bertambah buruk sehingga menyebabkan jerebu tebal menyelubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Syamsudin Noor di bandar Banjarmasin dan beberapa penerbangan terpaksa dijadualkan semula.

Kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah mencetuskan kebimbangan bahawa asapnya boleh merentasi sempadan antarabangsa.

Kementerian Alam Sekitar Indonesia pada Isnin lalu menafikan tuduhan bahawa kebakaran hutan yang berlaku turut menjejaskan kualiti udara di negara jiran dengan mengatakan pihak mereka tidak mengesan jerebu merentas sempadan negara Indonesia.

Pada minggu lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran bahawa Malaysia mungkin berdepan masalah jerebu rentas sempadan.

Jumaat lepas, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat direkodkan di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan dan Putrajaya . 

Laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) turut merekodkan IPU tertinggi di Cheras dan Kuala Lumpur dengan bacaan 155. 

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan kebakaran besar yang boleh menjadi faktor kepada keadaan berjerebu ketika ini. 

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, data yang diperolehi daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan jerebu yang dialami sekarang berpunca dari negara luar.

Kerajaan akan menggunakan pendekatan diplomasi melalui ASEAN sebagai langkah mengatasi masalah jerebu rentas sempadan di negara ini.

Bacaan IPU dalam kategori baik adalah sehingga 50, sederhana dalam julat 51 hingga 100, tidak sihat apabila mencapai 101 hingga 200, sangat tidak sihat pada bacaan 201 hingga 300 dan berbahaya apabila sampai aras 300.

Semua pihak harus ambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada dengan keadaan semasa bagi memelihara kesihatan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia