Jayakan kempen derma darah

Kempen derma darah tersebut merupakan yang pertama kali diadakan bersempena kempen kesihatan i-FIT yang berlangsung sejak Mei lalu.

Dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab sosial warga ibu pejabat IKRAM terhadap masyarakat, ia berjaya menarik puluhan masyarakat setempat.

Calon-calon penderma pada mulanya diperiksa jenis darah dan tahap kesihatan mereka diperiksa serta direkodkan bagi mengesahkan kelayakan sebelum menderma. Selepas menderma, mereka dibekalkan dengan makanan dan ubat tambah darah

Menurut jawatankuasa penganjur, program tersebut berjaya mengumpulkan 40 penderma yang berlangsung dari pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

Selain itu, program ini juga menjadi tempat untuk menyuburkan silaturahim antara warga Ibu Pejabat IKRAM dengan jiran serta orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Dengan berlangsungnya program ini, ia diharapkan menjadi penyumbang untuk membantu Pusat Darah Negara membekalkan darah yang cukup untuk para pesakit yang memerlukan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//forms.aweber.com/form/53/1043394453.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, "script", "aweber-wjs-rtkkt77i9"));

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia