“Sebab yang pertama adalah bila tengok ayah saya balik kerja, saya tengok dia letih.”
“Dari situ, timbul kesedaran yang ayah saya bekerja keras mencari rezeki untuk keluarga,” kata beliau yang meyakini solat dhuha dapat membuka pintu rezeki.
Konsisten solat dhuha di musolla sekolah hampir setiap pagi sebelum sesi persekolahan bermula, beliau turut didorong oleh salah seorang rakan beliau yang terlebih dahulu berbuat demikian.
“Mula-mula tu rasa susah, rasa tak ikhlas. Tapi lama-lama buat, insya-Allah, rasa susah tu hilang. Buat sahaja dahulu,” pesan akhir beliau yang memberi inspirasi supaya rakan-rakan yang lain turut rajin menunaikan solat dhuha.
Perkara ini dikongsikan ketika sesi ‘Why Am I Here?’ dalam program Konvensyen Tahunan SMSAAB (KONTAS 2017) yang telah berlangsung pada 6-8 November lalu di Dewan Cempaka Kompleks PKNS Bangi.
Program yang bertemakan ‘Pengalaman Mendewasakan’ itu disertai seramai 254 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3.
‘Bedah Movie’, sesi dialog bersama Mudir, Penolong Kanan dan Kaunselor ‘Tanyalah Ayahanda dan Bonda’, dan projek khidmat masyarakat ‘Ready For Take.. and Action!’ adalah antara aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan.
Para peserta diterapkan dengan nilai mengutamakan solat, kebersihan tanggungjawab bersama dan saling hormat-menghormati sepanjang program tersebut berlangsung.
Selain untuk memupuk keyakinan dan jati diri peserta, program ini juga diharapkan dapat memupuk rasa izzah (bangga) sebagai Muslim dan juga sebagai pelajar SMSAAB.
Menariknya, program ini digerakkan oleh para murabbi yang dalam kesibukan membuat persiapan akhir tahun dan juga alumni FASA (Former Al-Amin Bangi Student) yang mengorbankan masa cuti mereka untuk adik-adik.
Sumber & foto: FB SMSAAB