Janji Nabi tentang keselamatan wanita

 Keselamatan para wanita di Malaysia hari ini telah goyah kerana pelbagai masalah yang wujud. Para wanita pada hari ini merasa takut untuk keluar rumah seorang diri kerana banyaknya kes yang membuatkan mereka ini trauma. Kita disajikan dengan berita yang memberitahu bahawa ada wanita dirompak, dirogol, dibunuh dan macam-macam lagi.

 

Apa yang lebih menyedihkan buat para wanita ini ialah apabila rumah mereka yang dianggap syurga telah menjadi neraka kerana mereka tidak lagi rasa selamat dan aman berada di rumah mereka.

 

Ini dapat dilihat apabila ayah telah merogol anak sendiri atau suami telah mendera isteri mereka. Keselamatan mereka telah dirobek walaupun mereka berada di rumah. Jika bukan di rumah untuk mereka rasa selamat dan aman, di mana lagi sepatutnya?

 

Dalam hadis daripada ‘Adi bin Hatim radiallahuanhu (RA) ada bercerita tentang keamanan dan keselamatan terhadap wanita.


..Nabi SAW bersabda, “Wahai ‘Adi, adakah engkau pernah melihat Hirah?” ‘Adi berkata, “Tidak pernah tapi aku pernah mendengar tentangnya.” Nabi berkata, “Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita yang menaiki untanya berjalan dari Hirah (sebuah kawasan di Iraq) hingga melakukan tawaf di Kaabah (Mekah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)‏…” (HR Bukhari No. 3595)

 

‘Adi RA beruntung kerana umur beliau panjang dan beliau sempat menyaksikan janji Nabi SAW ini yang mana wanita yang berjalan dari Hirah ke Mekah dan tidak takut akan bahaya lain kecuali takut kepada Allah kerana beliau merasakan selamat dan aman.

 

Perkara ini telah hilang dalam negara umat islam. Wanita-wanita ini ketakutan dan sentiasa merasa tidak selamat.

 

Di laman sesawang ‘Vision of Humanity’, ia telah menyenaraikan indeks negara yang paling aman di dunia pada tahun 2020 dan Malaysia telah mendapat tempat ke-20 dalam negara aman di dunia. Apa yang lebih menyedihkan adalah nombor satu sehingga 19 semuanya adalah negara yang majoritinya orang bukan Islam.

 

Jika negara kita yang selalu kita lihat di dada akhbar terlalu banyak berita jenayahnya, apatah lagi di negara-negara Islam yang lain khasnya. Islam yang dikenali sebagai agama yang aman dan damai telah hilang serinya. Bukan kerana agama itu yang bermasalah, hakikatnya adalah penganutnya yang tidak mengikut ajaran Tuhannya.

 

Terlalu banyak perkara yang kita perlu tajdid dan perbaharui dalam sistem kita untuk mencapai keamanan dan keselamatan sepertimana yang pernah dirasai oleh ‘Adi bin Hatim RA.

 

Banyak faktor yang telah mempengaruhi sikap dan moral kita pada hari ini. Banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mencapai keamanan. Kalau bukan kita yang rasa, biarlah anak cucu kita yang rasa.

 

Irham Masiri

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia