Jangan jadikan amalan memfitnah dan mengadu domba budaya kita

Pertubuhan  IKRAM  Malaysia (IKRAM) bimbang terhadap kecenderungan menyebar fitnah atau mereka-reka maklumat palsu bertujuan untuk merendah-rendahkan mana-mana pemimpin, individu atau organisasi yang semakin berleluasa akhir-akhir ini.

Perbuatan tersebut adalah  haram dan amat dimurkai Allah s.w.t. kerena ia menjatuhkan maruah dan kredibiliti seseorang insan.

Allah berfirman:

وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَهِينٍ  هَمَّازٍ مَشَّاءٍ بِنَمِيمٍ

“Dan janganlah engkau (berkisar daripada pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya); Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai).”

(Al-Qalam 68: 10-11)

Begitu juga gelagat mengadu domba atau melaga-lagakan seseorang tokoh dengan tokoh yang lain atau sesebuah organisasi dengan organisasi yang lain merupakan amalan yang dicela oleh agama, malahan bertentangan dengan kesopanan dan kesusilaan kita rakyat Malaysia.

Mengambil satu kes yang terbaru, IKRAM berpendapat fitnah terhadap Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang beliau telah mendakwa bahawa rakyat kini tidak berasa sebarang beban ekonomi kerana rakyat masih memenuhi restoran KFC, adalah amat tidak adil.

Beliau yang telah dihubungi menafikan sekeras-kerasnya telah menulis melalui halaman twitternya dengan sebegitu rupa.

Sebarang perbezaan pandangan dalam apa pun isu bersabit hal mengurus tadbir negara tidak boleh menghalalkan mana-mana pihak membuat fitnah dan menyebarkannya.

IKRAM membantah budaya buruk ini dan menasihati orang ramai agar menyemak sesuatu berita sebelum menyebarkannya.

Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden  
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia