Jangan ambil kerja Tuhan

Jangan Ambil Kerja Tuhan

Apabila namanya ‘manusia’, pasti akan ada kekurangan dan kelemahannya yang tersendiri. Bukanlah sesuatu yang aneh apabila seseorang insan melakukan kesalahan dan kesilapan dalam roda kehidupan.

Kesalahan dan kesilapan tersebut barangkali akan menjadi pengajaran dan pengalaman bermakna buat dirinya, lantas bangkit dan terus belajar daripada kesalahan dan kesilapan tersebut.

Amat dukacita dan malang sekali, apabila ada dalam kalangan kita yang berasa dirinya sempurna dengan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, kedudukan dan pangkatnya yang hebat, sehingga kadang terlebih dalam tindakan seolah-olah telah mengambil kerja Tuhan menghukum manusia.

Keadaan ini tidak sihat bagi kita yang bertanggungjawab atas tindakan ini. Sebahagian ada yang beranggapan bahawa kita tidak melakukan kerja Tuhan, tetapi kita hanya menegakkan perintah Tuhan. Oleh itu, perkara baik kita ajak dan perkara buruk kita cegah.

Mengajak orang melakukan kebaikan dan mencegah orang melakukan kemungkaran itu adalah suatu hal yang sangat baik. Bahkan, ia merupakan anjuran yang disebutkan dalam al-Quran. Dalam Surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud:

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh untuk berbuat yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

Namun begitu, adalah tidak layak untuk kita bersikap melampau dalam menghukum orang seperti tiada harapan bagi mereka untuk berubah. Bahasa mudahnya, kita tidak punya hak untuk menentukan neraka atau syurga bagi seseorang manusia.

Meskipun Allah menjelaskan dalam banyak ayat dalam al Quran berkenaan sifat ahli neraka dan syurga, juga kesan dan akibat melakukan kebaikan dan kemungkaran, namun semua itu dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah.

Di sisi manusia, kita mampu menilai apa yang terzahirnya sahaja. Kata muktamadnya, ia hanyalah empunya milik Allah SWT.

Oleh itu, Allah melarang kita daripada bersikap melampau batas. Hal ini sepertimana dalam Ssurah al-Maidah ayat 87, Allah Azzawajalla berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu) ; kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.”

Berdasarkan firman ini, Allah Azzawajalla melarang kita daripada bersikap melampaui batas. Hal ini termasuklah menghukum orang yang melakukan maksiat seolah-olah kita yang memegang kunci pintu neraka.

Demikian juga dalam usaha mengajak orang melakukan kebaikan. Janganlah melampaui batas mengajak orang melakukan kebaikan sehingga umpama kita pemegang kunci syurga Allah SWT. Kita disuruh untuk menghukum perbuatannya sahaja.

Dalam sebuah hadis yang panjang, riwayat Imam Ahmad, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Pada zaman Bani Israil dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza. Lelaki yang pertama suka berbuat dosa sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah itu melihat temannya berbuat dosa, ia meminta rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya itu.

Suatu hari, ketika rakannya itu sedang melakukan suatu dosa, ahli ibadah itu berkata, “Berhentilah daripada membuat dosa.” Rakannya itu menjawab, “Jangan pedulikan aku, terserah Allah untuk menilai perbuatanku. Adakah engkau diutuskan oleh Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan?”

Ahli ibadah itu menjawab, “Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.” Setelah kedua-duanya meninggal dunia, Allah SWT telah menghakimi kedua-duanya dihadapan-Nya. Allah menyoal lelaki ibadah itu, ” Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang telah berada dalam kekuasaan-Ku?”

Kemudian kepada ahli maksiat itu Allah SWT berkata, “Masuklah kamu ke dalam syurga berkat rahmat-Ku.” Sementara kepada ahli ibadah itu, “masuklah orang ini ke dalam neraka.”

Begitu juga dalam persoalan keikhlasan. Sama ada ikhlas atau tidak, ia bukanlah urusan kita semua. Tidak layak bagi kita untuk menentukan ikhlas atau tidak seseorang dalam urusan amal ibadahnya.

Kita sama sekali tidak dituntut untuk ambil tahu tahap keikhlasan seseorang melainkan apa yang terzahirnya sahaja. Hakikatnya, Allah sahaja yang selayaknya lebih mengetahui isi hati para hamba-Nya.

Bagi mereka yang mempamerkan kebaikan, dahulukan sangka baik kita dengan anggapan mereka sedang promosikan kebaikan dan mengajak orang berbuat kebaikan sama seperti mereka.

Dalam surah Faathir ayat 38, Allah Azzawajalla berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.”

Demikian Allah dengan segala nama dan sifat kesempurnaan-Nya, Dialah yang paling mengetahui apa yang terbuku di dalam isi hati para hamba-Nya. Usahlah kita sibuk memperlekehkan segala kebaikan orang lain dengan mempertikaikan soal keikhlasan mereka.

Lebih utama, kita mesti saling membantu dalam hal kebaikan. Islam tidak menyuruh kita untuk membelah hati orang lain untuk menentukan ikhlas atau tidak.

Sebaliknya, segala yang baik itu harus disokong dan dicontohinya, bukan menidakkannya. Semoga Allah mengampuni kita semua.

 

Muhammad Faidhi Azis
Ketua Rakan Hidayah Perlis

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia