Isu Seksualiti: Wacana yang berjaya

“Input panelis ibarat titisan air dingin yang menghilangkan dahaga dan kehausan  serta melenyapkan kejahilan yang menyesatkan,” ujar Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, selaku moderator.

Gabungan panelis yang saling sokong menyokong hujah dan maklumat, amat menyenangkan hadirin menggarap isi kandungan perbincangan.

“IKRAM perlulah mengambil langkah meningkatkan usaha mendidik masyarakat  (khususnya generasi muda & belia) untuk memahami isu permasalahan kelainan orientasi seksual & kesedaran mendekati golongan yang terpinggir.”

Menurut Dr Harlina yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial IKRAM lagi, IKRAM perlu mengadakan program berterusan yang menyantuni golongan sebegini.

“IKRAM juga perlu melibatkan pelbagai agensi, bagi mengetengahkan penyelesaian pencegahan dan rawatan secara bersepadu berlandaskan syariah Islam untuk menangani permasalahan ini,” terangnya lagi.

Menurut Hj Nahar pula, Wacana tamat dengan menjawab pelbagai persoalan tetapi telah menarik minat ramai untuk mengetahui lebih lagi.

“Saya merasakan ini antara kriteria wacana yang berjaya,” ujarnya yang juga Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM.

Menurut beliau lagi, ini adalah program yang pertama kali yang dihadiri olehnya ke wacana Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Intersex and Questioning (LGBTIQ) yang begitu komprehensif dan seimbang kupasannya bersama ketegasan Islam mengharamkan amalan LGBTIQ dan kerahmatan Islam untuk membantu golongan ini dan ia benar-benar menggambarkan pendekatan dakwah yang sebelum ini dipamerkan dalam kenyataan media berkaitan Seksualiti Merdeka.

Ahli-ahli panel yang dipilih oleh JKP amat tepat sekali  yang mana mengetengahkan Pakar Klinik Psikologi, Puan Azlina Roszy Abd Ghafar, yang punyai pengalaman merawat golongan LGBTIQ, Saudara Mohammad Raffie Jaafar, sukarelawan Yayasan Salam Malaysia yang berpengalaman menyantuni golongan LGBTIQ serta ulama muda yang berjaya memukau para hadirin dengan kupasan yang mengadunkan ilmu fiqh, psikologi dan fiqh dakwah, Dr Alizi Alias.

Wacana ini adalah anjuran bersama institusi-institusi IKRAM, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) selain  CUCMS yang melambangkan kekuatan dan sinergi. Selain itu, pengalaman Team Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) menjadi sekretariat program umum amat terserlah.

“Tahniah diucapkan kepada Puan Rosmawati Zainal, Puan Yusnani juga sekalian tenaga dari pihak ABJZ,” ujar Dr Harlina.

Kerjasama yang dilakukan bersama CUCMS yang diadakan melalui Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dan juga Prof Madya Mohamad Saidy Ismail, membolehkan wacana diadakan dalam suasana harmoni selain keadaan prasarana yang baik dan dihadiri sekitar 400 orang yang mana majoritinya adalah golongan muda, yang mana memenuhi sasaran program.

Turut hadir Jawatankuasa IKRAM Pusat Hj Zaid Kamaruddin, Hj Nahar serta Jawatankuasa Wanita, Puan Faridah Maludin dan Ustazah Marhamah Abdul Wahid, menyuntik lagi semangat kepada sekretariat wacana.

Selebriti Wardina Saffiyah selaku pengacara TV turut hadir dan berkesempatan mengajukan persoalan kepada panelis.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia