Sampah: Fasa PPN berubah, masyarakat tidak

Berdasarkan statistik kes positif Covid-19 harian yang memperlihatkan trend penurunan, negara berada di landasan yang baik dalam proses pemulihan pelbagai sektor terutamanya ekonomi, pendidikan dan pelancongan.

 

Vaksinasi terus meningkat, fasa demi fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) sudah beralih, kelonggaran demi kelonggaran sudah diraih, namun, sikap sebahagian masyarakat seakan tidak pernah pulih.

 

Apabila dibenarkan untuk berkelah, berkhemah, berekreasi dan sebagainya, kekecewaan demi kekecewaan dapat dilihat dengan sikap sebahagian masyarakat yang suka membuang sampah merata-rata.

 

Pelbagai jenis sampah daripada lampin bayi, sisa makanan, kotak, botol, plastik hinggalah topeng muka semuanya ada. Benarlah, fasa PPN sudah berubah, tetapi sikap sesetengah masyarakat kita tidak pernah berubah.

 

Walaupun sudah ada papan tanda peringatan agar sentiasa menjaga kebersihan di kawasan yang dikunjungi, sebahagian masyarakat kita seolah-olah tidak nampak dengan peringatan tersebut.

 

Apabila sudah ramai pengunjung, pembuangan sampah di merata-rata seakan sudah tidak dapat dikawal lagi. Adakah perlu tunggu penguat kuasa meninjau kawasan perkelahan, baru berubah sikap tidak membuang sampah?

 

Sungai banyak, pantai banyak, tempah perkelahan dan perkhemahan pun banyak, berapa ramai penguat kuasa yang mampu meninjau sepanjang masa pengunjung yang membuang sampah?

 

Ya, peraturan dan undang-undang boleh dibuat, hukuman boleh dikenakan dan yang membuat kesalahan boleh didenda, namun, adakah semua itu boleh jadi jaminan sesetengah masyarakat berubah sikap tersebut?

 

Sampah, satu persoalan yang membuahkan lebih banyak persoalan. Semuanya balik kepada persoalan paling asas yang perlu dirungkai, kenapa suka buang sampah merata-rata?

 

Pandangan penulis, pendidikan di rumah memainkan peranan yang penting dalam menjawab persoalan ini. Tanpa didikan dan disiplin yang tegas oleh ibu bapa dan keluarga dalam hal penjagaan kebersihan, sikap ‘sampah’ seperti ini akan terus melanda masyarakat.

 

Ibu bapa perlu menjadi model dalam menyemai sikap menjaga kebersihan dan alam sekitar kepada anak-anak seperti mengutip sampah di rumah, menyapu sampah, membersihkan halaman rumah, kitar semula dan sebagainya.

 

Apabila anak-anak melihat contoh yang baik daripada ibu bapa dalam tempoh yang lama, secara tidak langsung sikap ini telah ditanam dan akan diteladani oleh mereka.

 

Apabila anak-anak membuang sampah sesuka hati di rumah, ibu bapa perlu menegur dan bertindak menasihati mereka agar mengutip sampah tersebut dan memasukkannya ke dalam tong sampah.

 

Apabila mengunjungi kawasan perkelahan, sesebuah keluarga perlu memastikan kawasan sekeliling mereka dibersihkan sebelum bertolak pulang dengan mengemas dan mengutip sampah bersama-sama.

 

Selain peranan keluarga, penguat kuasa atau pasukan peninjau beruniform perlu diwujudkan di tempat-tempat perkelahan yang popular bagi memastikan kebersihan di kawasan yang dikunjungi tersebut dapat dipelihara sepanjang masa.

 

Inisiatif individu dan pasukan sukarelawan kecil yang membantu mengutip sampah di kawasan-kawasan kunjungan sedikit sebanyak membantu mengekalkan kebersihan di situ dan usaha ini wajar dipuji.

 

Namun tanpa didikan ibu bapa, tinjauan berkala dan penguatkuasaan yang tegas oleh pihak berkuasa, masalah sampah-sarap di kawasan perkelahan sudah pasti tidak akan bertemu jalan penyelesaian.

 

Kredit foto: Utusan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia