Isu rampasan Bible BM: Kenyataan IKRAM Selangor

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Selangor mengikuti dengan teliti tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melakukan operasi merampas Bible Bahasa Melayu yang didakwa mengandungi kalimah Allah di premis Bible Society of Malaysia (PBM) di Petaling Jaya pada 3 Januari 2014 lepas.

IKRAM selaku NGO Islam yang sentiasa prihatin dan mengambil berat isu ummah dan negara sentiasa bersama menyokong dan mendokong mana-mana pegawai Kerajaan dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan kepada mereka.

Proses penguatkuasaan adalah salah satu dari tanda memastikan kedaulatan sesuatu Perlembagaan dan Undang-Undang dalam sesebuah Negara terjaga. IKRAM Negeri Selangor mendoakan agar agensi-agensi Kerajaan Pusat dan Negeri Selangor khususnya, dapat menjalankan tugas dan memainkan peranan mereka dengan baik tidak terkecuali buat JAIS dan MAIS yang sangat kami banggakan.

IKRAM Negeri Selangor mengalu-alukan fungsi dan tanggungjawab JAIS dalam memelihara martabat dan kesucian agama Islam di negeri Selangor. IKRAM Negeri Selangor juga menyedari wujudnya peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Kawalan Penyebaran Agama Di Kalangan Umat Islam 1988 yang melarang penggunaan 35 kalimah Arab, termasuk kalimah ā€œAllahā€, ā€œRasulā€, ā€œMasjidā€ dan lain-lain oleh pihak penganut agama lain.

Bagaimanapun, IKRAM Negeri Selangor menyeru pihak JAIS agar lebih berhati-hati dan berhikmah dalam menjalankan operasi sedemikian bagi mengelakkan berlakunya fitnah terhadap Islam, ketegangan antara penganut agama dan wujudnya kegelisahan di kalangan masyarakat penganut agama lain di Selangor.

Kami juga menyeru seluruh masyarakat penganut agama lain di Selangor, terutama penganut agama Kristian agar tetap bertenang dan tidak panik berikutan insiden rampasan Bible tersebut. Kami percaya insiden terpinggir sedemikian tidak bermakna kebebasan mengamalkan amalan dan ajaran agama masing-masing telah dinafikan.

Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor ingin mempertegaskan bahawa dalam apa keadaan sekalipun kami berada bersama anda semua, dan mempertahankan bahawa Islam tidak akan menghalang kebebasan beragama selagi kita semua bersama Perlembangaan dan Undang-Undang Negara Malaysia tercinta.

Dalam satu keadaan lain pula, kita sedia maklum, isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald oleh Gereja Katolik masih dalam proses rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan. Kes ini telah berlanjutan sejak 4 tahun. Hakim mahkamah tersebut dijadualkan mendengar hujah kedua-dua belah pihak pada 24 Februari 2014 ini, samada membenarkan permohonan rayuan oleh Gereja Katolik nanti atau tidak.

Kami juga berharap pihak Gereja Katolik dan ahli-ahli Bible Society of Malaysia khasnya, serta seluruh penganut agama Kristian amnya di negeri Selangor dapat menahan diri (ā€œrefrainā€) daripada menggunakan kalimah Allah di dalam Bible atau amalan ritual mereka, sehingga berlaku perubahan undang-undang mengikut proses yang betul.

Sesungguhnya tindakan yang sedemikian benar-benar menunjukkan kematangan mereka di dalam menanggapi konflik yang berpanjangan ini.

Sehubungan dengan itu, IKRAM Negeri Selangor juga menentang sebarang perhimpunan di hadapan gereja yang kononnya membantah penggunaan kalimah Allah. Hal yang sedemikian akan mengeruh dan menegangkan lagi suasana.

Akhirnya, IKRAM Negeri Selangor mendoakan semoga keamanan, keharmonian dan toleransi di antara penganut-penganut agama yang berbeza di dalam Negeri Selangor, tidak terjejas dan akan terus terpelihara.

Ust Hj Hasanuddin Mohd YunusĀ 
Yang Dipertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Selangor

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia