Isu ‘bercerai dahulu kemudian memeluk islam’: HCF pandang serius

HCF memandang serius dengan perkembangan terbaru ini kerana NGO-NGO dan organisasi-organisasi yang mempertahan dan menjaga kebajikan saudara-saudara baru seharusnya di panggil dahulu untuk penerangan dan perbincangan.

Lebih dibimbangi lagi, majlis-majlis agama Islam di negeri-negeri lain juga menyatakan hasrat untuk mengambil langkah yang sama dengan belum lagi merujuk kepada ulama dan pakar didalam bidang perundangan.

HCF juga berpendapat dengan pelbagai tomahan yang dilemparkan kepada saudara-saudara baru sebagai punca masalah adalah kurang tepat dan perlu diperhalusi serta dibincangkan pendekatan yang lebih baik dan berhikmah.

HCF berpandangan bahawa peruntukan baru ini juga dikhuatiri bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan untuk seseorang itu memeluk Islam tanpa pelbagai sekatan. Sebagai sebuah NGO yang banyak membantu kebajikan saudara-saudara baru Islam, HCF berpandangan bahawa langkah ini dikhuatiri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi akan menambahkan masalah bukan sahaja disudut perundangan tetapi juga kebajikan keluarga yang terlibat.

Sebenarnya penyelesaian pembahagian harta dan hak-hak penjagaan anak tidak diselesaikan dengan adanya peruntukan baru tersebut. Apakah dengan adanya peruntukan baru ini, ianya memberi jaminan bahawa hak-hak pembahagian harta dan hak-hak penjagaan anak akan dapat diselesaikan? Malah lebih dibimbangi lagi ianya boleh memberi kesan menyekat kebebasan seseorang untuk memeluk agama Islam dengan pelbagai sekatan di mahkamah sivil.

Hidayah Centre Foundation (HCF) ingin mengajak semua pihak berwajib yang boleh membuat keputusan ini untuk mempertimbangkan kesan negatif akibat dari peruntukan baru ini, iaitu menyukarkan dan menyekat kebebasan seseorang untuk memilih Islam sebagai satu cara hidup mereka, marilah mencari penyelesaing yang lebih berhikmah dan bijaksana bersama.


Nicholas Sylvester

Pengerusi Hidayah Centre Foundation

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia