Istiqamah pasca-Ramadan – Aku mampu rupanya

Antaranya adalah kemampuan berenang sejauh 50 meter. Aku ragu akan kemampuan diri. Mampukah aku? Tidak pernah lagi dalam hidupku untuk berenang sejauh itu.

 

Wisel ditiupkan. Melihat rakanku mulai menerjunkan diri memasuki air, aku beranikan diri.

 

Tanpa berpaling, aku meneruskan hempasan tangan serta kayuhan kaki. Tidak juga memandang ke hadapan, khuatir hilang keyakinan diri. Selepas beberapa ketika, rupa-rupanya aku merupakan antara yang paling hadapan. Dan akhirnya aku mampu menamatkan ujian renang dengan jayanya.

 

Aku mampu rupanya. Dan selepas insiden itu, aku bertambah yakin dengan skil renangku, sekurang-kurangnya mampu untuk menyelamatkan diri saat kecemasan.

 

Bermulanya keyakinan seorang penulis

 

Fatimah Bunyamin merupakan seorang guru merangkap penulis sebuah buku yang hebat, iaitu ‘Nota Cinta Untuk Cikgu’. Dalam mukadimah buku itu, penulis mengimbau kembali peristiwa yang menjadikan beliau berkeyakinan untuk menjadi penulis.

 

Ya, pernah sekali guru Bahasa Melayu beliau memberikan sebuah ungkapan yang amat membekas di hati selepas memeriksa kertas karangan beliau.

 

“Penulisan awak sangat baik. Awak bakal menjadi penulis…” Kata-kata itulah yang tersemat dalam jiwa Cikgu Fatimah sehingga terhasilnya buku sulung beliau.

 

Kenangan Ramadan 30 hari 

 

Segala puji bagi Allah atas kurniaan usia untuk menempuh Ramadan baru-baru ini. Andai dikenangkan kembali amalan kita sewaktu sebelum Ramadan.

 

Solat sunat? Mungkin jarang-jarang. Puasa sunat? Sukar sekali. Tilawah al-Quran? Mungkin berjaya satu dua muka setiap hari. Infak? Mungkin ikut ‘mood.’

 

Dosa dan noda? Ya, masing-masing antara kita ada mujahadah tersendiri dan seringkali kita tumpas dengan bisikan syaitan dan dorongan nafsu.

 

Kenangkan kembali Ramadan yang baru pergi. Apakah yang telah berjaya kita laksanakan?

 

Dengan taufik dan inayah Allah, kita telah berjaya; puasa penuh 30 hari, solat tarawih dan witir setiap malam, infak hampir setiap hari, tilawah al-Quran mungkin satu juzuk sehari, bangun sebelum subuh untuk melaksanakan sunnah bersahur dan berdoa sebelum subuh.

 

Dosa? Mungkin ada tanpa disedari. Namun, umumnya kita berjaya menjauhi tabiat buruk sebelum Ramadan.

 

Apakah hikmah di sebalik kejayaan ini? 

 

Kata Dr Yasir Qadhi dalam salah satu khutbahnya, hikmah Ramadan adalah untuk mendedahkan potensi sebenar kita sebagai hamba Allah, potensi untuk mengecapi kemanisan ibadah serta menjauhi perkara yang haram.

 

Seolah-olah Ramadan ini sedang berpesan, “Wahai si Fulan, engkau mampu sebenarnya…”

 

Mampukah aku konsisten selepas Ramadan?

 

Para ulama menerangkan tentang hal ini. Bagaimanakah seharusnya kita menilai diri kita pasca-Ramadan?

 

Jangan membandingkan amal kita pasca-Ramadan dengan bulan Ramadan itu sendiri. Sebaliknya, nilailah amalan pasca-Ramadan kita dengan amalan sebelum Ramadan, iaitu bulan Syaaban. 

 

Sememangnya Ramadan itu bulan yang penuh keberkatan sehingga suasananya mendorong manusia menjadi baik, tidak seperti bulan-bulan yang lain. Adakah sama, atau lebih baik? Moga kita berada dalam golongan yang lebih baik, insya-Allah

 

Dan yakinlah dengan rahmat Ilahi. Dia mahu melihat kesungguhan kita selaku hamba.

 

Kajian awal psikologi dan kaitan dengan pasca-Ramadan

 

Dalam kajian psikologi tentang ‘self awareness’ atau kesedaran kendiri, seseorang manusia akan menetapkan suatu standard dalam diri untuk dicapai.

 

Seandainya seseorang itu berasa yakin bahawa keadaan dirinya kini boleh mencapai standard itu, maka dia akan mula bertindak memperbaiki dirinya sendiri. Persoalannya, bagaimanakah ingin membentuk keyakinan diri dalam konteks pasca-Ramadan?

 

Ada beberapa cadangan diutarakan, antaranya adalah ambil masa untuk refleksi diri melalui menulis dan sentiasa terbuka untuk menerima maklum balas daripada pihak lain.

 

Maka, berdasarkan teori ini, ambillah sedikit masa untuk merenung kembali Ramadan yang baru sahaja kita lalui. Siri ‘kejayaan’ kita hendaklah diraikan atau sudah diraikan pada 1 Syawal yang lepas. 

 

Bahkan, anggaplah Ramadan itu ibarat seorang ‘rakan’ yang memberitahu kamu, “Wahai manusia, kamu mampu sebenarnya menjadi hamba Allah yang terbaik…”

 

Maka, bolehkah kita menjawab persoalan, “Mampukah aku menjadi Muslim yang baik pasca-Ramadan?”

 

Jawablah dengan yakin, “Insya-Allah, boleh!!” Moga Allah membantu kita semua. Wallahu a’lam.

 

Muhammad Shah
IKRAM Seremban

Rujukan:
1. Post Ramadan Dip Khutbah by Syeikh Dr Yasir Qadhi
2. What is Self Awareness and Why is it important, Aeckerman CE, positivepsychology.com

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia