Istiqamah Para Pencinta Kebenaran (Siri 3)

Seorang Muslim yang mencintai Allah Taala akan sentiasa menjaga dirinya agar selalu berada dalam kebenaran, berusaha untuk istiqamah dalam kebaikan meskipun sangat sukar. Bahkan, Muslim yang mencintai Allah berusaha keras mengajak orang lain untuk sama beristiqamah dalam kebenaran, kerana itu adalah tugas asasi sebagai ‘ad-Da’ie Ilallah’.

Imam Hasan al-Banna berkata, jalan dakwah adalah sebagai:

“Jalan yang sangat panjang dan berliku serta tiada pilihan lain selain jalan ini yang dapat ditempuhi untuk membangunkan kejayaan umat”.

Dalam mengajak manusia lain kepada Islam yang syumul ini, para da’ie melalui pelbagai mihnah (ujian) sama ada ujian kepayahan dalam mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, atau ujian yang lebih besar ialah kepayahan untuk menjaga dirinya agar sentiasa dalam orbit keredhaan Allah SWT dan kepayahan mencapai maqam istiqamah ini.

Saudara seislamku semua,

Seorang da’ie, pasti anda akan merasa sangat berat untuk memelihara dua bebanan ini di sepanjang jalan dakwahnya, kerana jalan ini penuh onak dan duri, jarak yang akan ditempuh tersangat jauh, bagaikan lautan tiada bertepi.

Di sana banyak manusia-manusia yang beragam keturunannya, berbeza latar belakangnya; baik dalam keilmuan, pengalaman, cara pandang, adat budaya dan sebagainya. Tentulah hal ini memerlukan daya istiqamah yang tinggi dalam mengharunginya.

Antara sesama pendakwah juga berlaku khilaf, perbezaan pendapat ataupun perselisihan antara sesama aktivis dakwah. Namun, apabila kita saling sepakat pada satu matlamat besar untuk mencapai mardhatillah (keredhaan Allah), para da’ie kelihatan mampu bertahan pada tujuannya kerana ada satu kalimah mukjizat di hati mereka iaitu ‘istiqamah’ di jalan dakwah dan kebenaran.

Para ulama mengemukakan bahawa proses pembaikan diri daripada kesalahan dan kekeliruan yang diperbuat, adalah juga bahagian yang tidak terpisah daripada istiqamah itu sendiri.

Sifat dakwah yang dinamik memerlukan da’ie yang istiqamah

Pada dasarnya, dakwah merupakan buah ketauhidan yang dimanifestasikan dalam suatu sistem kegiatan manusia beriman yang diserukan kepada masyarakat, dilaksanakan secara teratur untuk memperbaiki cita rasa, pola berfikir, sikap dan cara bertindak manusia dalam semua hal kehidupan sebagai ikhtiar agar tercermin cara hidup Islam dalam semua segi kehidupan dengan menggunakan metod tertentu.

Isi dakwah yang dibawa tidak berubah, namun metod, objek dan uslub dakwah yang akan sentiasa dinamik dan berubah sesuai dengan peredaran zaman, pemodenan sains teknologi dan komunikasi.

Hal ini pasti memberi kesan kepada da’ie dan menjadi satu cabaran. Para da’ie perlu istiqamah dengan kerja-kerja di lapangan meskipun banyak sekali hambatan-hambatan yang berat seiring dengan tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga yang semakin menghimpit dewasa ini.

Menjadi satu kewajipan pula buat para da’ie menambah ilmu-ilmu baru agar mampu bersaing dengan cabaran dan ujian zaman yang semakin sofistikated.

Di sinilah berpusatnya keperluan untuk terus istiqamah dalam saf para penyeru kebaikan dan sudah pasti kita memerlukan satu metod untuk menjaga kesinambungan dakwah ini. Cabaran ini kadangkala menjadikan kita seperti sedang menggenggam bara api yang entah bila akan menjadi arang.

Istiqamah adalah dambaan para solihin

Sering sekali kita mendengar hiwar (dialog) antara dua orang soleh: “Doakan saya agar terus teguh dalam beriman, mati dalam beramal soleh, husnul khatimah dan…dan…”

Demikian harapan semua orang-orang soleh dulu kini dan hingga akhir zaman. Itulah manifesto bagi cinta dan rindu mereka kepada syurga.

Sayugia bagi seorang hamba merasa bimbang akan kedudukan diri di sisi Allah Taala, namun Allah ternyata tidak membiarkan hamba-Nya dalam kegalauan bahkan dengan nada pujukan yang sangat indah, Allah berfirman dalam surah al-Ahqaf bererti:

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. Mereka itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan”. (al-Ahqaf 46:13-14).

Keimanan kepada kalamullah (al-Quran) yang maha benar ini memberikan ketenangan bagi hati-hati para da’ie yang bertakwa. Apa yang penting kini adalah bagaimana sang da’ie itu mampu memperoleh istiqamah dalam hidupnya atau tidak.

Para da’ie juga kerap kali berdoa dengan doa yang diajar oleh Nabi SAW yang sangat pengasih itu; “Yaa muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘ala diinik” ertinya “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha mengatakan bahawa ini merupakan doa yang paling sering dibaca oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Ditulis oleh:
Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Penulis Wanita IKRAM Nasional (PenaWan)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia