Integriti Penjawat Awam Membimbangkan?

Integriti Penjawat Awam Membimbangkan? | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Gejala rasuah perlu ditangani dengan segera sebelum menular dengan lebih parah kerana ia benar-benar mengakibatkan kerosakan dan kebinasaan kepada negara.

Dapatan statistik dari tahun 2014 hingga November 2019 menunjukkan sebanyak 46.8 peratus kes pesalah rasuah yang ditangkap adalah dalam kalangan penjawat awam. 

Ini adalah jumlah yang membimbangkan dan perlu diambil tindakan segera bagi membendungnya sekiranya negara mahu terus mengorak langkah ke hadapan dengan pertumbuhan yang mampan dan progresif. 

Prihatin dengan situasi ini, penganjuran Konvensyen Tadbir Urus Berintegriti 2023 pada Khamis, 19 Januari ini di Bangi Golf Resort dianggap sangat relevan bagi memperkasakan budaya integriti dalam masyarakat terutamanya dalam amalan organisasi. 

Konvensyen yang julung kali diadakan merupakan anjuran Persatuan Professional Kewangan Muslim Malaysia (MFP) dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia, Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (SPE UPM).

“Kami meletakkan harapan agar konvensyen ini dapat membantu meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan integriti dan tadbir urus yang baik dalam pengurusan pelbagai sektor, selain daripada meningkatkan usaha memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan,” kata Presiden MFP, Hj Ahmad Nizam Samsudin. 

Jelasnya, nilai terpenting yang mahu dicapai melalui konvensyen ini adalah dapat memberikan contoh model tadbir urus yang baik di peringkat individu dan institusi demi kelangsungan institusi di samping memberikan resolusi tadbir urus berintegriti untuk dibawa kepada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

Semua pihak dijemput hadir bersama dalam konvensyen ini bagi tujuan menggembleng tenaga dalam menyelesaikan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa secara bersama.

Konvensyen ini mensasarkan semua ahli masyarakat termasuk penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi swasta dan pemain industri serta individu untuk terlibat sama dalam usaha ini bagi membentuk kesedaran dari aspek integriti dan tadbir urus. 

Lebih menarik, yuran penyertaan adalah percuma, manakala sijil dan makanan akan disediakan untuk peserta. Mereka yang berminat untuk menyertai Konvensyen Tadbir Urus Berintegriti, pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan http://bit.do/KTUB2022.

Sebarang pertanyaan berkaitan konvensyen, sila hubungi Iffah (www.wasap.my/60132974837) atau Busyra (www.wasap.my/601128919025).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia