Impak Ucapan Kebencian: Apa Langkah Membendungnya?

Impak Ucapan Kebencian: Apa Langkah Membendungnya? | IKRAM

Masyarakat dunia sentiasa berevolusi, menyesuaikan diri dengan perkembangan yang berlaku dari masa ke masa termasuk masyarakat Malaysia. 

Suatu ketika dahulu, Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang hidup secara berasingan dan terpisah-pisah. 

Berinteraksi dengan pelbagai bangsa suatu norma dalam kehidupan masyarakat. Lantas, ia penting untuk memastikan keharmonian dalam kalangan rakyat sentiasa terpelihara.

Gaya kepimpinan negara juga turut perlu disesuaikan dengan perubahan-perubahan ini dari masa ke masa agar kekal relevan dan pragmatik.

Tidak dapat tidak, kunci kepada keharmonian dalam suasana kepelbagaian ini adalah perpaduan. Namun, masih terdapat jurang-jurang perbezaan yang memisahkan masyarakat.

Dalam usaha memahami dan mengatasi masalah perpecahan, fenomena ucapan kebencian perlu diambil kira. Terbitnya pengucapan sebegini sering kali timbul daripada ketidakpuasan hati individu terhadap sesuatu isu, tindakan pemimpin atau pihak berkepentingan, emosi yang tidak terkawal atau tekanan kehidupan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mentakrifkan ucapan kebencian sebagai apa sahaja bentuk komunikasi yang menyerang atau mendiskriminasi seseorang atau kumpulan berdasarkan faktor seperti agama, etnik, warganegara, bangsa, warna kulit, keturunan jantina atau faktor identiti lain.

Impak media sosial

Dewasa ini, paparan media sosial telah menjadi begitu berpengaruh hingga berjaya memasak pemikiran dan mengisi jiwa masyarakat. 

Kandungan di media mempunyai impak yang besar terhadap pandangan dan emosi individu. Akibatnya, masyarakat sering kali berdepan dengan pertarungan antara realiti dan persepsi yang dibentuk oleh media.

Krisis Rohingya di Myanmar adalah contoh yang nyata yang perit tentang bagaimana penyebaran kandungan kebencian dan penyebaran propaganda di media sosial boleh membawa kepada tindakan yang sangat merosakkan.

Ucapan kebencian yang bermula dalam talian telah mempengaruhi pandangan orang ramai terhadap sesuatu isu dan akhirnya membawa kepada permusuhan dan jenayah kemanusiaan yang tidak terkawal.

Ketika Aung San Suu Kyi dibebaskan dan dipilih sebagai Perdana Menteri Myanmar, ramai yang berharap pada perubahan yang lebih baik.

Namun sebaliknya, ledakan akses Internet secara tiba-tiba di negara itu menyebabkan isu-isu etnik dan agama semakin tegang dan konflik semakin dalam.

Kejadian ini memaparkan secara nyata betapa pentingnya memelihara ucapan di media sosial dan menghindari penyebaran kandungan yang merosakkan.

Rekod Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia  (SKMM) mendedahkan, isu berkaitan 3R (perkauman, agama dan institusi diraja) menguasai aduan pada tahun ini. Implikasi negatif dalam isu-isu seperti ini perlu diambil perhatian serius.

Dunia bergerak pantas

Dunia bergerak semakin pantas apabila berlaku peralihan dari zaman analog ke digital. Perubahan ini tidak hanya mengubah kaedah komunikasi, tetapi juga mempengaruhi cara berinteraksi dan berperilaku.

Pada masa lalu, orang ramai perlu menunggu berita terkini melalui peti televisyen, radio atau akhbar pada waktu tertentu. 

Namun dalam era kebangkitan media sosial, berita dan maklumat boleh diakses dengan cepat. Maka, perlunya ada tindakan yang cepat dan cekap untuk menguruskan isu-isu yang menyentuh sensitiviti awam di media sosial.

Media sosial telah menjadi saluran utama untuk berkongsi maklumat dan pandangan. Walaupun ini adalah perkembangan positif dari sudut mempercepatkan sebaran makluman, namun ia juga datang dengan risiko.

Ucapan kebencian dan propaganda menjadi lebih mudah untuk tersebar dengan meluas dan cepat sehingga boleh mengakibatkan ketegangan dan kebencian dalam masyarakat.

Dalam dunia tanpa sempadan dan dilindungi skrin, tercipta keadaan anonymity atau ketanpanamaan yang mendorong seseorang individu untuk berperilaku dengan cara yang berbeza di alam siber berbanding dengan dunia nyata.

Sering kali kita menyaksikan peribadi pesalah siber tampak jauh berbeza daripada alam nyata, bahkan ia kelihatan lebih berani dan kurang berhemah di alam maya.

Persepsi bahawa tidak ada keperluan untuk menjaga etika dan kesantunan dalam komunikasi digital, menjadi pendorong kepada ucapan kebencian.

Ini adalah cabaran utama dalam memahami dan membendung ucapan yang tidak bertanggungjawab ini sehingga membawa kepada kemudaratan yang tidak perlu.

Bendung ucapan kebencian

Bagi membendung ucapan kebencian menular dalam masyarakat yang semakin kompleks ini, pendekatan holistik perlu diambil. Ini termasuk advokasi dan pendidikan yang mempromosikan kesedaran dan pemahaman tentang nilai ektika bermasyarakat serta menggalakkan pemikiran kritis. 

Setiap anggota masyarakat memainkan peranan penting dalam memastikan keharmonian dan keamanan masyarakat terjaga. Jangan terlalu cepat menyebarkan sesuatu, apatah lagi kandungan yang boleh merosakkan ketenteraman dan menimbulkan kegelisahan.

Satu langkah penting yang mudah dibuat ialah memeriksa kredibiliti dan akauntabiliti sumber maklumat sebelum berkongsi atau menyebarkannya.

Dalam dunia yang dipenuhi dengan berita palsu dan propaganda, penting untuk melakukan semakan yang teliti bagi memastikan maklumat yang diterima betul dan boleh dipercayai.

Sekiranya maklumat tersebut diragui dan boleh menimbulkan kegelisahan awam, laporkan kepada SKMM untuk tindakan selanjutnya. Melalui tindakan bersama dan kesedaran yang tinggi dalam masyakarat, isu ucapan kebencian dapat dibendung dan keharmonian dapat dipelihara.

Peraturan dan garis panduan yang ketat perlu diterapkan dalam media sosial. Adakalanya pendidikan perlu disusuli dengan tindakan punitif (hukuman) untuk memastikan kebencian tidak dibiarkan berkembang sehingga merebak menjadi tidak terkawal. 

Sebagai individu yang matang, perkara yang melanggar garis batasan dan tatasusila boleh dikenal pasti tanpa perlu diberitahu. Sekiranya batas dilangkaui, ia boleh dikenali.

Semudah itu jika kewarasan akan berjaya dikawal dan tidak dirosakkan oleh nafsu yang liar. Jadilah anggota masyarakat yang menyebarkan rahmah dan menguatkan ummah.

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia