IMLD 2019 sasar pelajar, anak muda

Bertemakan “Mempromosi Keterangkuman dan Pendidikan Bahasa Ibunda”, Karnival IMLD akan berlangsung pada 17 Februari ini sementara program kemuncak berlangsung pada 21 Februari di Dewan Seminar, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Tahun ini adalah tahun kelapan bagi acara ini yang dianjurkan secara bersama oleh Tamil Foundation Malaysia (TFM), LLG Cultural & Development Centre, IKRAM, Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JAOS) dan kerjasama dengan NGO-NGO lain serta rakan strategik,” ujarnya.

Tambah Usharani, Karnival IMLD menyajikan pelbagai aktiviti menarik seperti Kalam Berirama (dalam pelbagai bahasa), kaligrafi Cina, Khat (kaligrafi Melayu), Pembuatan Kolam dan Thoranam (India), Mehendi (India), Tenunan dan Jak Neroi (Orang Asal), Cabaran Chopstick (Cina), Batu Seremban dan Congkak (India/Melayu).

Ujarnya, Karnival IMLD dianjurkan bagi tahun kedua, dengan lebih banyak aktiviti kebudayaan dan tradisional. Selain itu, pihak penganjur turut mengadakan pertandingan melukis, menulis esei dan mereka cipta logo IMLD.

“Ini juga merupakan tahun pertama bagi pertandingan mereka cipta logo diadakan dan ia dibuka kepada anak-anak muda untuk menggalakkan penyertaan dan mewujudkan kesedaran kepada mereka.”

 

Bagi program kemuncak pada 21 Februari pula, ucapan-ucapan telah dihadkan dan hanya satu atau dua persembahan kebudayaan yang akan dipersembahkan untuk memberi ruang kepada Forum Anak Muda yang juga diadakan buat pertama kali.

“Tujuannya adalah untuk menampilkan anak muda dan pelajar yang akan menterjemahkan kefahaman tentang Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa melalui pertandingan melukis, menulis esei dan seni kolaj yang akan dipamerkan dalam acara utama nanti,” jelasnya.

Usharani juga berharap lebih banyak NGO menyertai sambutan IMLD pada tahun ini.

“Mungkin 100 ke 150 penyertaan daripada masyarakat Melayu, begitu juga dengan masyarakat Cina, India dan Orang Asal untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan Bahasa Ibunda kita dan kewujudan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa,” harapannya.

Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa disambut pada 21 Februari setiap tahun di seluruh dunia, diisytiharkan oleh UNESCO pada tahun 1999 bagi mempromosi kepelbagaian budaya dan bahasa, serta menggalakkan penggunaan bahasa untuk memelihara warisan dan budaya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia