ILMAN Sokong Modul Hadis 40 Fahami Kesyumulan Islam

ILMAN Sokong Modul Hadis 40 Fahami Kesyumulan Islam | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan Ilmuwan Dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN) amat mengalu-alukan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah.

“ILMAN berkeyakinan bahawa modul ini mampu digarap dengan baik agar dapat melahirkan generasi anak muda Islam yang memahami Islam sebagai agama yang syumul serta menghayati Islam sebagai satu cara hidup.”

“Ia sekali gus mengangkat karamah insaniah berdasarkan tiga elemen utama iaitu adab, akhlak dan integriti,” kata Pengerusi ILMAN, Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, program rintis di peringkat awal yang membabitkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara ini juga diharapkan dapat memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan keharmonian beragama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam.

“ILMAN mengajak rakyat Malaysia mendoakan usaha dan inisiatif ini berjaya menatijahkan hasil yang didambakan.”

“Usah disemarakkan lagi sikap negatif penuh prejudis yang berupaya mencetuskan sentimen agama dan kaum,” tegasnya.

Terdahulu, KPM pada 19 Ogos lepas melancarkan modul hadis itu bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah.

Walaupun pelaksanaan modul terbabit hanya kepada pelajar dan guru beragama Islam sahaja, namun ia telah menjadi polemik, terutama dalam kalangan penganut bukan Islam, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi amat bertepatan dengan keperluan semasa, dan ia tidak seharusnya dipolemikkan kerana modul tersebut diterapkan dalam lingkungan pelajar beragama Islam sahaja.

“Malah, pelaksanaan modul ini bertepatan dengan keperluan semasa dan masa hadapan negara untuk memupuk amalan kesederhanaan yang dianjurkan sebagai nilai hidup dalam kalangan generasi muda Muslim khususnya,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, Hadis 40 yang dikumpulkan Imam Nawawi mencakupi penerapan nilai-nilai murni dan akhlak mulia berdasarkan sumber rujukan serta autoriti yang jelas daripada hadis-hadis sahih.

“Ini sekali gus dapat membasmi fahaman melampau dalam beragama daripada berleluasa di negara ini kerana ia tidak disandarkan pada apa-apa autoriti agama yang kukuh,” tegas Muhammad Faisal.

Dalam pada itu, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, masyarakat bukan Islam perlu berfikiran lebih terbuka terhadap pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah seluruh negara.

Katanya, ia sudah jelas bahawa modul berkenaan hanya disasarkan kepada pelajar dan guru beragama Islam, serta tidak mengganggu-gugat pemahaman murid bukan Islam.

“Ia begitu jelas bahawa hasrat kerajaan menggunakan modul itu untuk pelajar Islam dan mereka yang membantah ini seharusnya merujuk dahulu isi kandungan hadis itu kerana apa yang terkandung hanyalah ajaran al-Quran yang disabdakan kepada Rasulullah dan bukan ajaran tambahan yang dicipta sesuka hati.”

Jelasnya, ajaran ini sudah wujud lama dan hanya menganjurkan perkara-perkara baik iaitu cinta sesama manusia, menganjurkan kecemerlangan Islam, membezakan yang baik serta buruk dan hal-hal sedemikian adalah untuk memupuk perwatakan insaniah yang lebih baik dalam kalangan murid dan pelajar Islam.

“Jadi adakah perkara begini kita nak tentang dan bantah?” soalnya.

Teo berkata, sekiranya modul berkenaan berjaya membina akhlak yang baik dalam kalangan murid Islam, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada masyarakat bukan Islam sekali gus memakmurkan negara.

Menurutnya, golongan bukan Islam tidak harus khuatir kerana dalam Perlembagaan telah jelas berkenaan kebebasan beragama di negara ini dan semua agama boleh dianuti secara aman damai.

“Jadi jangan cepat kita melatah sebaliknya kukuhkan proses pembentukan negara bangsa agar kita saling memahami,” katanya lagi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia