IKS: Martabatkan Potensi Usahawan Luar Bandar

IKS: Martabatkan Potensi Usahawan Luar Bandar | IKRAM

Tidak boleh dinafikan bahawa Malaysia negara yang kaya dengan khazanah alam. Ramai orang luar kagum dengan kepelbagaian flora dan fauna yang ada di negara indah ini. 

Jadi, amat penting bagi kita menghargai khazanah alam sedia ada, dan beringat bahawa manusia merupakan khalifah di atas muka bumi (Al-Baqarah 2:30); bertanggungjawab menjaga dan mengendali sumber alam dengan sebaik-baiknya. 

Perniagaan berlandaskan sumber alam perlulah berteraskan ihsan supaya haiwan serta tumbuhan-tumbuhan tidak diancam kepupusan. Sikap kasih terhadap alam dapat memastikan generasi akan datang masih kenal flora dan fauna dengan mata sendiri (secara zahir), dan bukannya menerusi gambar dalam buku teks atau di alam maya sahaja.

Hubungan manusia dengan alam sekitar juga merangkumi pemahaman tentang kesihatan dan kesejahteraan secara umumnya. Kita sedia maklum bahawa pandemik Covid-19 yang melanda seantero dunia telah menjejaskan mutu kehidupan orang ramai. 

Pelbagai jenis perniagaan turut terkesan. Dalam pada itu, pemilik perniagaan terpaksa menanggung kos tinggi untuk terus kekal dalam industri yang diceburi. Tanpa mengira ras atau latar belakang, Covid-19 memberi kesan negatif terhadap usahawan, sama ada dalam atau luar bandar. 

Berdasarkan dapatan Jabatan Perangkaan Malaysia, tahap kemiskinan negara berada pada 6.2 peratus, bagi tahun 2022. Namun begitu, sejak tahun 2019 hingga 2022, kadar kemiskinan bagi kawasan luar bandar telah berkurang sebanyak 0.4 peratus; daripada 12.4 peratus kepada 12 peratus (setakat tahun lepas). 

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tidak mahu bersenang-senang dengan angka ini dan tetap berazam merapatkan jurang pendapatan rakyat. Tidak dapat disangkal bahawa masyarakat luar bandar lebih terkesan dengan harga barangan asas yang meningkat saban hari. 

Untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, kerajaan perlu memberi perhatian kepada kawasan luar bandar sebagai hab produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

IKS merupakan industri melibatkan perusahaan dan/atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan bagi menghasilkan produk tidak melebihi RM25 juta setahun.

Selain itu, menjadi kebiasaan bagi IKS menggajikan kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. IKS terdiri daripada jenis perusahaan sektor pertanian dan perladangan. Bukan itu sahaja, peniaga dalam talian atau e-dagang juga dikelompokkan sebagai pengusaha kecil dan sederhana.

Demi mendorong kemampuan usahawan luar bandar, KKDW telah memperkenalkan pelbagai usaha baharu. Antaranya, Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB). 

Bagi SPKLB, terdapat enam (6) bidang atau teras utama untuk pengukuhan keusahawanan: perkhidmatan, produk makan/minuman, pembuatan/perkilangan, pertanian (industri hiliran/teknologi), ICT dan teknologi kreatif serta industri kesejahteraan (wellness). Bukan itu sahaja, pemberian bantuan pelaksanaan turut disediakan melalui kaedah geran penuh dengan nilai RM3,000 – RM5,000.

Teknologi digital juga memainkan peranan penting dalam memasarkan produk yang dihasilkan. Bagi usahawan luar bandar, perkara ini amat mustahak kerana teknologi digital berpotensi menghubungkan perniagaan dengan pasaran lebih besar di kawasan bandar. 

Proses pendigitalan yang rumit memerlukan perubahan gaya fikir dalam masyarakat, terutamanya usahawan yang baru sahaja mula berkecimpung dalam dunia urus niaga. Aktiviti perdagangan elektronik turut menggalakkan kemampanan perniagaan.

Dalam pada itu, penggunaan Internet merupakan cara kukuh dalam membantu perniagaan kecil beroperasi setara dengan perniagaan besar. Sokongan pihak kerajaan dan swasta menerusi pendidikan, latihan serta pembangunan infrastruktur amat diperlukan bagi meningkatkan kemahiran (skill-set). 

Cakna dengan perkembangan ini, KKDW telah melangsungkan Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) 2023 pada bulan Ogos. Seramai 1247 usahawan luar bandar telah menyertai PPU 2023, sekali gus mengatasi sasaran awal 1000 usahawan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan perniagaan. 

KKDW juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.7 juta bagi mempergiat program e-dagang untuk usahawan luar bandar. Dalam PPU 2023, Timbalan Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Che Murad Sayang Ramjan antara lain menyatakan bahawa usahawan diberi bimbingan untuk memasarkan produk mengikut perkembangan terkini, termasuklah penggunaan aplikasi TikTok. 

Tuntasnya, bagi memastikan kesepaduan dan kesejahteraan rakyat, keseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar patut diutamakan. Bagi negara membangun seperti Malaysia, keseimbangan pembangunan merupakan salah satu prasyarat bagi memacu negara mencapai status negara maju.

KKDW terus beriltizam memartabatkan usahawan luar bandar. Bakat mereka perlu dipupuk bagi membina modal insan yang mantap serta memastikan pembangunan masyarakat yang seimbang dalam segenap aspek. Perlu juga kita sama-sama beringat, dalam surah Ibrahim, Allah SWT berfirman (maksudnya):

“Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: Hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan.” (14:31)

KKDW boleh dihubungi menerusi nombor telefon 03-8000 8000 atau e-mel info@rurallink.gov.my

 

Arief Subhan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia