IKRAMTeens bantu bimbing pesalah juvana

kbm juvana

Seramai 50 orang peserta bersama ibu bapa telah mengikuti program yang diadakan pada 15 dan 16 April 2011, bertempat di MTMZA. Peserta terdiri daripada pesalah-pesalah juvana yang mendapat perintah mahkamah dan dalam pemerhatian JKM selama dua tahun.

Kesungguhan para fasilitator KBM membimbing mereka sepanjang program memberikan kesedaran betapa mereka perlu menghargai nilai hidup sebagai remaja yang tidak boleh disia-siakan begitu sahaja. Fasilitator program tersebut dipimpin oleh Sdr Mohd Hafiz Abdul Hamid daripada IKRAMTeens.

Program ini begitu menarik kerana menggabungkan elemen santai, serius, ceria, emosi, motivasi dan syahdu. Instrumen video, muzik latar serta hiburan mendidik jiwa turut diselitkan supaya memberi kesan positif yang mendalam terhadap peserta.

Program yang diakhiri dengan suasana emosi ini telah memberi harapan baru buat peserta bahawa masih ada lagi ruang untuk mereka menginsafi perbuatan negatif dan mengubah kehidupan mereka yang lalu ke arah yang positif. Sesungguhnya kasih sayang ibu bapa tidak pernah luntur terhadap mereka sepanjang masa dalam apa keadaan sekalipun. Sebahagian pengakuan ini telah diluahkan oleh peserta dalam slot “Kusayang Ibu Bapa” dan “Kini dan Hijrah”.

kbm juvana

kbm juvana

kbm juvana

Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Imam besar MTMZA Tuan Hj Abd Rani Osman, dan turut dihadiri wakil JKM Selangor Puan Norafidah Amirdin, wakil IKRAM Teens Sdr Khalil Che Ibrahim dan Ketua Penyelaras program Ustaz Ahmad Rijal Ghazali.

Khalil yang juga merupakan Pengarah Operasi KBM Kuala Lumpur menganggap KBM kali ini sangat unik kerana buat pertama kalinya menggabungkan remaja dan ibu bapa mereka.

kbm juvana

“Biasanya kita hanya libatkan remaja sahaja. Tetapi kali ini, sepanjang program selama dua hari tersebut, ibu bapa turut mengikuti aturcara yang telah dijadualkan. Saya percaya dengan cara ini, hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak yang bermasalah ini terjalin erat. Kalau dahulu hubungan kekeluargaan mereka memang bermasalah, melalui program ini timbul keinsafan dalam diri kedua-dua pihak, wujud kesedaran dan hubungan dapat dipulihkan,” katanya.

Perkara ini ada kebenarannya kerana dalam satu sesi khas, beberapa orang remaja dan ibu bapa tampil meluahkan perasaan mereka secara berterus terang. Dengan linangan air mata, ibu bapa berjanji untuk menebus semula kesilapan mereka selama ini yang telah mengabaikan perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anak, menyebabkan mereka hilang panduan dan terjebak dalam pelbagai bentuk jenayah seperti samun, rogol, dadah dan sebagainya.

Pihak JKM yang kelihatan teruja dengan pengendalian program KBM ini menyampaikan hasrat untuk melibatkan IKRAMTeens lagi dalam program-progam yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

kbm juvana

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia