IKRAM tubuh Bilik Gerakan Banjir

Menurutnya, bilik gerakan tersebut diketuai oleh Pengurus Khidmat Masyarakat, Sdr Muhammad Nasir Tampol.

“Bilik Gerakan Banjir IKRAM Pusat sedang lakukan koordinasi dengan IKRAM Negeri/Daerah serta institusi IKRAM yang bersedia untuk ke Pahang dan Kemaman untuk memberi bantuan,” tambahnya.

Beliau turut menyarankan agar semua negeri yang biasanya dilanda banjir pada hujung tahun, meletakkan pasukan DERU (Disaster & Emergency Response Unit) IKRAM Negeri dan Daerah dalam keadaan bersiap sedia.

Memandangkan keadaan banjir yang kritikal di Pahang serta Kemaman, IKRAM Pusat membuat sumbangan awal RM3,000 kepada IKRAM Pahang dan RM2,000 untuk IKRAM Kemaman sebagai tanda sokongan kepada usaha membantu mereka yang diuji dengan banjir.

“Mari kita doakan agar banjir di Pahang dan Kemaman khususnya dan seluruh negara amnya segera surut agar bantuan dapat disalurkan,” ujarnya.

Menurut Saudara Ahmad Azam, Timbalan Pengarah Bilik Gerakan Banjir IKRAM Pahang, keadaan di Kuantan agak kritikal.

Pada masa ini mereka yang berada di tempat penempatan tidak dapat dihubungi melalui telefon kerana ketiadaan bekalan elektrik dan jalan-jalan utama juga tidak dapat dilalui.

Katanya, buat masa ini IKRAM Pahang membuat persiapan membeli barang-barang keperluan dan menanti air surut untuk disampaikan bantuan.

Sumbangan boleh dibuat melalui:

1. IKRAM Pahang
Nama: Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
No akaun: Maybank 556011018605.
Maklumkan kepada Bendahari Negeri, Pn Nor Hafizah Hassan 013-3920706.

2. IKRAM Kemaman
Nama: Pertubuhan IKRAM Malaysia
No akaun: BIMB 13026010047609.
Maklumkan kepada Bendahari Daerah, Hj Norfizam menerusi 019-9642812

Foto: Keadaan banjir di Jalan Kuantan – Sg.Lembing berdekatan Empangan Sg Kobat

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia