IKRAM Siswa Penang santuni gelandangan

Seramai 29 orang peserta telah menyertai program ini sebagai sukarelawan untuk pengedaran makanan kepada gelandangan di mana mereka dibahagikan kepada empat kumpulan dan diagihkan ke kawasan masing-masing. 

Selepas diberi taklimat oleh wakil IKRAM Siswa Penang, sukarelawan mula menuju destinasi masing-masing pada jam 12.00 tengah malam dengan membawa bungkusan-bungkusan makanan dan edaran berakhir sekitar jam 1.00 pagi.

    

Aktiviti mengedar makanan kepada gelandangan dan antara sukarelawan yang membantu 

Sebagai salah satu usaha khidmat masyarakat, IKRAM Siswa Penang mengucapkan terima kasih dan menghargai penglibatan semua peserta dan pihak yang terlibat dan menyumbang dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha kebajikan sebegini dapat diadakan dengan lebih kerap lagi pada masa akan datang bagi membina generasi muda yang prihatin dan menyantuni golongan-golongan yang memerlukan, insya-Allah.

Sumber: FB IKRAM Siswa Penang

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia