IKRAM simpati nasib DSAI dan keluarga

Pertubuhan IKRAM  Malaysia (IKRAM) mengambil maklum akan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan rayuan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKRAM bersama rakyat Malaysia merakamkan rasa simpati ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berharap isteri beliau Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan seluruh keluarga tabah dalam menghadapi dugaan ini.

IKRAM berharap rakyat akan bersabar dan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.

IKRAM ingin memperingatkan bahawa segala kebenaran akan digambarkan oleh Allah Subhanahu wa Taala di Mahkamah Agung-Nya di mana tiada apa yang boleh disembunyikan.


Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad

Presiden IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia