IKRAM seru ahli-ahli bantu tenteramkan keadaan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru ahli-ahlinya agar bersama-sama berperanan dalam membantu menenteramkan keadaan selepas insiden rusuhan di Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 26 November 2018 (Isnin) lepas yang telah menarik perhatian media dan rakyat secara meluas.

IKRAM menyatakan kebimbangan sekiranya keadaan tidak dikawal dengan baik, insiden tersebut akan diambil kesempatan oleh pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab dalam mengapi-apikan semangat keagamaan dan perkauman sekali gus mewujudkan isu ketegangan agama dan kaum yang akan menggugat keharmonian negara.

IKRAM memahami keresahan yang dirasai oleh umat Islam bahawa kedudukan mereka seolah-olah semakin terancam dengan pelbagai isu melibatkan agama dan kaum.

Walau bagaimanapun, IKRAM berpandangan bahawa Islam akan lebih terpelihara syiarnya, dan orang-orang bukan Islam akan lebih tertarik dengan Islam jika umat Islam menjadi umat yang menyelesaikan, bukan yang menambahkan lagi masalah dan menjadi umat yang mendamaikan, bukan yang mengeruhkan lagi keadaan.

Oleh itu, ahli-ahli IKRAM di seluruh negara perlu berperanan secara berkesan dalam membantu menenteramkan keadaan negara hari ini.

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh ahli-ahli IKRAM sama ada di peringkat negeri atau kawasan adalah dengan mengambil langkah proaktif untuk berkomunikasi serta mewujudkan persefahaman dengan pemimpin agama-agama setempat sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya isu-isu lanjutan yang boleh membawa kepada ketegangan agama dan kaum.

Ahli-ahli IKRAM juga diseru untuk bersama-sama menenteramkan keadaan di media sosial seperti Facebook dan Twitter melalui kata-kata, nasihat dan seruan yang berhikmah serta penyebaran berita yang benar sahaja dalam memastikan segala usaha provokasi yang boleh membawa kepada ketegangan kaum dan agama dalam negara ini dapat dielakkan.

Ini selaras dengan saranan oleh YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Dalam Negeri semasa menyampaikan ucapan di Dewan Rakyat pada pagi ini yang menyeru agar semua rakyat menjayakan usaha untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian negara selari dengan semangat “Negara kita tanggungjawab kita”.

IKRAM juga menghargai jaminan yang dibuat oleh Perdana Menteri di Parlimen bahawa tindakan tegas mengikut undang-undang akan diambil kepada pihak yang bertanggungjawab.

Justeru itu, IKRAM komited untuk bersama-sama dengan masyarakat dalam memelihara dan mempertahankan keharmonian rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama yang telah dibina selama ini ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang rahmah untuk semua.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia