IKRAM Selangor tangkas santuni mangsa banjir

YDP IKRAM Ampang Jaya, Sdr Othman Mahmud mengetuai bilik gerakan di Lembah Jaya Utara yang dibantu IKRAM Daerah Ampang Jaya, Gombak dan Hulu Selangor. Sementara itu, YDP IKRAM Kajang, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha mengetuai bilik gerakan di Sungai Serai yang dibantu oleh IKRAM Daerah Kajang, Hulu Langat dan Sepang.

Keadaan banjir di Lembah Jaya Utara

Semalam, tinjauan ke tempat kejadian turut diadakan di mana YDP IKRAM Selangor, Ust Hj Shamsul Maarif Ismail merangkap Pengarah JK Khas Membantu Mangsa Banjir Selangor, telah meninjau kawasan banjir di Lembah Jaya Utara dan Timbalan YDP, Hj Mazmi Kamal telah meninjau kawasan banjir di Kampung Sungai Serai.

Di Lembah Jaya Utara, banyak rumah mengalami kerosakan termasuk barang-barang dan harta yang penuh dengan lumpur. Seramai 230 keluarga di timpa musibah, di samping ketiadaan elektrik dan air semalam kerana sedang dibaik pulih. Sebuah jambatan turut runtuh di Kg Bukit Belacan. Semua rumah yang berada di sepanjang jalan yang berdekatan dengan sungai telah dinaiki air. Hampir kesemua barangan di dalam rumah tidak dapat digunakan lagi, malah ada yang tinggal sehelai sepinggang kerana keseluruhan rumah telah dihanyutkan air.

Bantuan segera telah diberikan oleh Sdr Othman Mahmud (gambar kiri) dengan menyerahkan kain pelikat serta telekung kepada Puan Zaiton, Pengerusi JK Penduduk berdekatan. Makanan untuk makan malam juga turut diagihkan malam tadi oleh para aktivis IKRAM. Sementara itu banjir di Sungai Serai turut memberi kesan kepada 130 keluarga.

Pengerusi JK Khidmat Masyarakat IKRAM Pusat, Tn Hj Nahar Md Nor (gambar kanan, berbaju putih) turut menyerahkan bantuan kecemasan sebanyak RM2,000 untuk kedua-dua daerah kepada Pengarah bantuan, Ust Shamsul Maarif. Bantuan kewangan untuk membantu mangsa-mangsa banjir sangatlah diperlukan. Oleh itu, Tabung Mangsa Banjir IKRAM Selangor turut dilancarkan semalam.

Sumbangan untuk tabung ini boleh dimasukkan ke akaun RHB Islamic IKRAM NEGERI SELANGOR, nombor akaun 2124-5760-0032-18. Sebarang sumbangan yang telah dimasukkan, hendaklah dimaklumkan kepada Bendahari IKRAM Selangor, Sdr Mohd Kamal Mohd Rathi di talian 012-2917217. Sumbangan ini diharapkan sedikit sebanyak mampu meringankan beban mangsa banjir yang mengalami kerugian yang besar akibat kemusnahan harta benda selepas banjir.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia