IKRAM Saran Amal Politik Matang

Selaras dengan perkembangan zaman dan juga detik-detik menghampiri tahun 2020, ketika mana Malaysia menyasarkan untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, Pertubuhan  IKRAM  Malaysia (IKRAM) menyeru seluruh warga Malaysia dari segenap bangsa, agama, pangkat dan latar belakang untuk bersama-sama melakukan satu revolusi minda dalam berinteraksi dengan pelbagai isu politik tanah air.

Paksi berpolitik warga Malaysia perlulah diubah dari sekadar menjadi penyokong taksub dan membuta tuli berdasarkan sentimen kumpulan dan kepentingan peribadi sahaja kepada sokongan berasaskan pemikiran yang kritis,  kepentingan rakyat teramai dan kesejahteraan yang mapan untuk hidup bersama bertunjangkan semangat ukhuwah insaniah (persaudaraan sejagat).

Sikap ‘you are either with us, or against us‘ yang membelenggu jiwa rakyat Malaysia dalam berpolitik, perlu dirungkaikan dan digantikan dengan sikap yang lebih matang dengan melihat setiap ahli politik dan parti-parti politik sebagai ‘khadam’ rakyat dan bukannya ‘tuan’ mereka.

Sindrom untuk melihat dan mengangkat parti politik dan orang politik sebagai ‘tuan’ hanya akan menjadikan rakyat Malaysia berterusan dirundung minda tertawan (captive mentality) yang akhirnya membawa kepada perhambaan kepada sesama manusia dan budaya ‘patronage‘ yang tiada kunjung padam.

Hal ini amat tidak sihat bagi warga negara maju, Malaysia yang baru. Budaya politik sedemikian hanya akan menjumudkan pemikiran rakyat dan akhirnya membawa kepada sikap prejudis dan buruk sangka.

Sangat malang pada hari ini di Malaysia masih berleluasa budaya politik kurang matang. Apabila seseorang menyokong secara terbuka sesebuah parti politik pilihannya maka orang itu dianggap telah bermusuh atau berkonfrontasi dengan parti politik yang lain. Budaya ini tidak mencerminkan minda kelas pertama, bahkan ia mempamerkan sikap primitif sebuah masyarakat dunia ketiga.

Begitu juga halnya, apabila seseorang atau sesebuah NGO memberi penghargaan terhadap satu kebaikan sesebuah parti politik, masyarakat lantas menisbahkannya sebagai taksub dan membela parti tersebut. Sebaliknya, jika sesiapa mengkritik sesuatu parti, maka dia dengan segera dinisbahkan berada dengan parti lawan.

Masyarakat sepatutnya dididik untuk menyedari bahawa mereka adalah ‘king maker‘ yang menentukan nasib parti dan ahli politik. Maka, mereka bebas untuk memilih, memuji, berpihak, mengkritik dan membangkang mana-mana parti politik ataupun pemimpin politik, berdasarkan hujah dan rasional.

Pertimbangan bagi rakyat dalam memilih untuk menyokong atau membangkang sesuatu parti politik pula sewajarnya berdasarkan polisi dan idea membangunkan negara bangsa dan juga pencapaian (track record) parti atau ahli-ahli politik tersebut.

IKRAM mengajak warga Malaysia menghayati prinsip penegakan keadilan dan penunaian amanah sebagai paksi kepada penglibatan mereka dalam politik selaras dengan tuntutan Surah an-Nisaa’, ayat ke-58:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

IKRAM juga menyeru agar semua warga Malaysia konsisten dalam meletakkan kepentingan negara dan ummah sejagat berteraskan nilai-nilai Islam yang universal mengatasi kesempitan sikap kepuakan dan asabiyah kepartian dalam berpolitik.

 

Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus

Timbalan Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia