IKRAM sambut baik jawatankuasa khas siasat novel Pantai Kasih

Novel tersebut digunakan sebagai teks komponen sastera (KOMSAS) dalam subjek Bahasa Melayu untuk pelajar Tingkatan Empat di beberapa negeri. 

“IKRAM turut merakamkan kebimbangan terhadap penggunaan novel ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof Dr Omar Yaakob dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya lagi, walaupun ia membawa nilai kebaikan daripada sudut kecekalan watak utama serta bertujuan memasukkan unsur kemahiran berfikir aras tinggi, novel yang telah disunting dan diedarkan di sekolah-sekolah tetap mempunyai unsur-unsur tidak sihat, seperti budaya dan gaya hidup petugas hospital yang tidak realistik serta penceritaan nafsu seksual yang keterlaluan.

“Perkara-perkara ini tidak sesuai sebagai bahan pendidikan untuk remaja dalam kalangan umur tingkatan empat yang mana kebanyakan guru tidak selesa menggunakan bahan berkenaan di dalam kelas.”

Berikutan itu, IKRAM melahirkan kekesalan terhadap proses cadangan, penilaian dan pengesahan sesebuah buku teks yang tidak kelihatan efektif untuk mengesan dan menapis unsur-unsur negatif di dalam buku ini dari awal lagi.

“Pihak panel penilai perlu melihat kembali proses ini dan memperbaikinya agar kejadian seumpama ini tidak berulang lagi.”
IKRAM turut mendesak pihak-pihak bertanggungjawab supaya meletakkan kriteria pembangunan nilai, jati diri, akhlak dan adab dalam pemilihan bahan-bahan pendidikan.

“Buku teks dan bahan pendidikan haruslah mampu memupuk nilai-nilai mulia, keperibadian terpuji dan cara hidup yang sihat dan sejahtera seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah salallahu alaihi wasallam, para sahabat dan orang-orang soleh,” jelasnya.

Beliau berkata, generasi ini merupakan generasi yang terdedah kepada pelbagai cabaran yang membawa kepada hedonisme dan merosakkan nilai serta jati diri.

“Justeru, bahan pendidikan formal harus mampu membantu para pelajar menghadapi cabaran, agar mereka terbentuk menjadi peribadi-peribadi yang bersedia meneruskan pembangunan masyarakat dan negara,” kata Dr Omar.

Sehubungan itu, beliau menggesa novel Pantai Kasih dan bahan sepertinya perlu ditarik balik daripada teks sekolah dan diganti dengan bahan lain yang lebih sejahtera.

Sumber: http://bit.ly/209idsW

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia