IKRAM Sambut Baik Gencatan Senjata Hamas-Israel

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik persetujuan gencatan senjata antara Hamas dan Israel selepas lebih 15 bulan genosid yang meragut lebih 46,000 nyawa sejak 7 Oktober 2023.

Walaupun ini membawa sedikit kelegaan, ia hanyalah jeda sementara yang tidak akan mengembalikan nyawa yang hilang atau memulihkan kemusnahan mendalam di Gaza.

Konflik ini telah menghancurkan infrastruktur, ekonomi dan masyarakat Gaza termasuk kehilangan pendidik, petugas perubatan dan tenaga profesional lain yang penting untuk pembinaan semula wilayah tersebut. 

Gencatan senjata kali ini, yang membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan dan pertukaran tahanan, hanyalah langkah awal untuk pemulihan, tetapi keamanan sementara ini tidak menggantikan hak asasi rakyat Palestin untuk hidup bebas tanpa ketakutan dan sekatan. Kebebasan rakyat Palestin masih harus diperjuangkan. 

Justeru, IKRAM ingin menegaskan bahawa gencatan senjata ini tidak membawa kepada penyelesaian sebenar terhadap punca utama konflik, iaitu penjajahan dan sekatan yang tidak berkesudahan ke atas Gaza dan rakyat Palestin. Keperluan untuk mempertanggungjawabkan Israel dan pihak-pihak yang terlibat dalam penindasan ini masih perlu diteruskan.

Walaupun terdapat badan-badan antarabangsa seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang diwujudkan untuk menangani jenayah terhadap kemanusiaan, kegagalan institusi-institusi ini untuk bertindak tegas terhadap jenayah perang yang dilakukan oleh Israel menunjukkan kelemahan mereka dalam menegakkan keadilan.

IKRAM menggesa agar Israel dan sekutunya, terutamanya Amerika Syarikat (AS) dibawa ke mahkamah untuk bertanggungjawab atas kezaliman yang telah mereka lakukan. Keputusan-keputusan seperti pemindahan kedutaan AS ke Jerusalem, pengiktirafan Bukit Golan sebagai sebahagian Israel dan pengurangan dana untuk Agensi Bantuan PBB (UNRWA) telah memburukkan keadaan. Kegagalan badan antarabangsa seperti PBB, OIC dan BRICS untuk bertindak segera mencerminkan ketidakupayaan mereka melindungi rakyat Gaza.

IKRAM menyeru kerajaan dan rakyat Malaysia untuk terus menyokong pembinaan semula Gaza. Proses pemulihan memerlukan pelaburan besar untuk menyediakan pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang pekerjaan. 

Keprihatinan ini bukan sahaja menjadi tanggungjawab moral, tetapi juga satu bentuk solidariti kemanusiaan yang harus diterjemahkan melalui tindakan nyata dan berterusan.

Keadilan sebenar memerlukan lebih daripada sekadar penghentian keganasan tetapi memerlukan kebebasan, maruah dan keamanan yang lestari. Tanpa keadilan, pembinaan semula hanya menjadi usaha kelangsungan hidup tanpa harapan.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia