Yang Berkaliber 2015 bentuk diri pimpinan remaja ‘osem’

Peserta terdiri daripada remaja Sekolah Sri Ayesha, Surau Ar-Raudhah, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Surau Abdul Rahman Auf, Surau Al-Kauthar, Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi (Maahad Tahfiz) dan wakil dari remaja IKRAMTeens Hulu Langat.

Peserta-peserta yang berkaliber ini berkumpul demi mencapai misi yang sama iaitu untuk membentuk diri menjadi pemimpin remaja yang ‘osem’ dan juga memikirkan bagaimana mereka boleh membantu remaja di sekitar Bangi ini untuk turut serta menjadi lebih ‘osem’. Program dirasmikan oleh Tn Hj Ahmad Sufie Munasir, Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.

Slot Ice Breaking Games dan Motivasi Kepimpinan Remaja

Pemimpin remaja yang ‘osem’ perlu memenuhi 10 ciri peribadi muslim iaitu aqidah yang sejahtera, ibadah yang benar, akhlak yang mantap, berpengetahuan luas, sangat menjaga masa, sihat tubuh badan, tersusun dalam urusannya, melawan hawa nafsu, mampu berdikari dan bermanfaat kepada orang lain.

Antara agenda yang menarik telah diadakan antaranya ialah “Ice Breaking Games”, “Motivasi Kepimpinan Remaja” yang disampaikan oleh Saudara Fikri Ahmad, Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Mini Parlimen yang dikendalikan oleh Saudara Marwan Abdullah, Presiden IKRAM Siswa Nasional.

Sidang Mini Parlimen

Dalam Mini Parlimen, usul yang telah disepakati oleh semua YB ialah untuk “Menerapkan nilai agama dalam pendidikan, menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta berpengetahuan luas dalam kalangan remaja Bangi” .

Program diakhiri dengan pemberian sijil penyertaan dan setiap YB perlu menandatangani kain rentang “Yang Berkaliber 2015” bagi menunujukkan kesungguhan setiap YB untuk merancang dan menjayakan usul yang telah disepakati bersama.

Semoga perkongsian, pengalaman dan ukhuwwah para peserta yang terjalin dalam program ini kekal segar serta menjadi bekal untuk menjadi memimpin yang berkualiti dan ‘osem’ pada masa hadapan, insya-Allah.

Foto YB: http://on.fb.me/1IcPr0I

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia