Sempena Hari Bapa, IKRAM Kuala Lumpur dan Wanita IKRAM Kuala Lumpur telah menganjurkan Pertandingan Foto Cerita Bapaku Heroku yang telah disertai oleh 66 peserta pelbagai kaum.
Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Umur 13 sehingga 17 tahun dan Kategori Umur 18 tahun ke atas.
Pemenang pertandingan ini diumumkan ketika Forum Bapaku Heroku yang disiarkan secara langsung melalui saluran Facebook dan YouTube IKRAM Kuala Lumpur pada 20 Jun 2021.
Forum Bapaku Heroku ini menampilkan tiga ahli panel yang tidak asing lagi ini iaitu Ustaz Hasrizal Abd Jamil, Prof Datuk Dr Harlina Halizah Hj Siraj dan Saudara Khairul Abdullah yang lebih dikenali sebagai Super Daddy. Forum ini telah dikendalikan oleh Saudara Zainal Abid yang bertindak selaku moderator pada forum tersebut.
Pelbagai perkara menarik telah disentuh oleh ketiga-tiga ahli panel dalam forum tersebut antaranya berkenaan peranan bapa dalam pembinaan karakter anak, pengalaman ahli panel dalam berhadapan cabaran menguruskan keluarga dan banyak lagi.
Forum ini telah merekod lebih 2,000 views pada malam tersebut