Ukhuwah juarai ‘Futton’ Shah Alam-Kajang

Tetapi bukan begitu yang berlaku dalam jamaah barakah IKRAM ini, yang motonya ‘Ukhuwah Teras Kegemilangan’. Pertandingan persahabatan Futsal dan Badminton (Futton) antara IKRAM Shah Alam dengan IKRAM Kajang pada Ahad, 1 April lalu meneruskan sentuhan ukhuwah antara daerah-daerah dalam negeri Selangor.

Kalau sebelum ini, beberapa daerah seperti Hulu Langat, Ampang Jaya, Kajang dan Kuala Selangor telah mengadakan pertandingan persahabatan masing-masing dengan format yang pelbagai, kali ini giliran atlet IKRAM Kajang bertandang ke Shah Alam untuk berukhuwah dalam riadah.

Futton Ukhuwah 2012 Futton Ukhuwah 2012 Futton Ukhuwah 2012

Futton Ukhuwah 2012Futton Ukhuwah 2012Kajang masih mengekalkan format pasukan daerahnya sebagaimana pertemuan dengan Hulu Langat pada 29 Oktober tahun lalu iaitu membahagikan peserta kepada empat kategori umur – Remaja (bawah 17 tahun), IPT (18-25 tahun), Belia/Dewasa (26-35 tahun) dan Senior/Otai (36 tahun ke atas).

‘Futton Ukhuwah 2012’ yang diadakan di Triways Sports Centre, Padang Jawa, Shah Alam itu menyaksikan pasukan Kajang tiba dengan sebuah bas yang disewa khas pada jam 9.30 pagi. Ketibaan mereka yang diringi beberapa buah kereta lagi disambut mesra tuan rumah yang sudah sedia menanti. Selepas membuat aktiviti regangan bersama-sama, pertandingan pun dimulakan serentak. Perlawanan futsal dilangsungkan di gelanggang tingkat bawah manakala badminton di gelanggang tingkat satu.

Tamat permainan kira-kira jam 12 tengah hari, keputusannya agak seimbang. Shah Alam tampak unggul di gelanggang badminton manakala Kajang mendahului di arena futsal. Keputusan penuhnya adalah seperti berikut (keputusan mengikut kronologi permainan):

Badminton:

1. Remaja: IKRAM Shah Alam 2-0 IKRAM Kajang
2. IPT: IKRAM Shah Alam 1-2 IKRAM Kajang
3. Belia/Dewasa A: IKRAM Shah Alam 2-0 IKRAM Kajang
4. Belia/Dewasa B: IKRAM Shah Alam 0-2 IKRAM Kajang
5. Senior/‘Otai’: IKRAM Shah Alam 2-0 IKRAM Kajang

*Perlawanan tambahan antara Senior/Otai B kemudiannya dijalankan dengan Shah Alam menang 2-0.

Futton Ukhuwah 2012 Futton Ukhuwah 2012 Futton Ukhuwah 2012

Futsal:

1. Senior/‘Otai’ A: IKRAM Shah Alam 3-2 IKRAM Kajang
2. Belia/Dewasa B: IKRAM Shah Alam 0-2 IKRAM Kajang
3. IPT A: IKRAM Shah Alam 2-3 IKRAM Kajang
4. IPT B: IKRAM Shah Alam 3-6 IKRAM Kajang
5. Remaja: IKRAM Shah Alam 2-0 IKRAM Kajang

Futton Ukhuwah 2012Kehadiran dua peserta ‘super otai’ berjiwa muda menjadi contoh klasik betapa ukhuwah Islamiah mengatasi segala-galanya. Wakil Kajang, Dr Jamarei Othman, 60, dan wakil Shah Alam, Hj Kamaruzaman Idris, 56, sempat berentap antara satu sama lain dalam perlawanan futsal. Malah mereka diiringi anak-anak berusia sekitar 20-an dan 30-an yang bermain untuk kategori masing-masing.

‘Futton Ukhuwah 2012’ ditutup dengan sedikit pengisian oleh Hj Norazami Mat Noh dari Shah Alam dan ucapan terima kasih oleh Pengerusi Tarbiah Kajang Ustaz Salehan Ayub. Hj Norazmi menekankan kepentingan ‘qawiyyul jismi’ (kekuatan jasmani) sebagai satu unsur penting dalam tarbiah IKRAM, sementara Ustaz Salehan membayangkan pada masa hadapan, peserta riadah mungkin dipilih daripada individu yang mampu bangun berqiamulail pada malam sebelum pertandingan.

Selepas wakil kedua-dua daerah bertukar-tukar cenderamata, para peserta membuat satu bulatan besar untuk bersalaman dan berpeluk-pelukan – satu lagi aktiviti yang membangkitkan kehangatan persaudaraan setelah ‘bermusuh’ sementara di tengah gelanggang.

Diharap pertandingan-pertandingan persahabatan bersulam ukhuwah seperti ini akan dapat terus dijalankan dari semasa ke semasa dan di mana-mana jua kerana perhubungan erat yang terjalin akan memudahkan langkah ke arah kegemilangan.

Futton Ukhuwah 2012 Futton Ukhuwah 2012

Futton Ukhuwah 2012

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia