TOPS: Latih pakar isu Palestin

tops

Selain sukarelawan Aqsa Syarif di Kelantan, menariknya latihan ini turut disertai oleh oleh tiga orang wakil daripada institusi pondok dan lapan orang daripada institusi tahfiz.

Antara objektif latihan ini adalah melahirkan lebih ramai sukarelawan dan jurucakap isu-isu Palestin dan memastikan sukarelawan sentiasa dikemaskini dengan pengetahuan dan memahami isu-isu semasa dunia yang menyumbang kepada pembebasan bumi Palestin.

Di samping itu, latihan ini dapat meningkatkan semangat jihad dan ingin berkorban para sukarelawan Aqsa Syarif Kelantan.

Pada sebelah pagi, Pemangku Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor (kiri) menyampaikan tiga tajuk penting iaitu “Isu Palestin Menurut Islam: Aqidah dan Barakah, Latar Belakang Sejarah dan Konflik Timur Tengah dan Kesannya Kepada Perjuangan Rakyat Palestin”.

Pada sebelah petang, bengkel diadakan dan peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk menyediakan pembentangan pendek tentang Palestin selama 15 minit kepada beberapa kumpulan sasaran seperti masyarakat Muslim, non-Muslim, wanita, belia, korporat, pelajar sekolah rendah, golongan cendikiawan dan pendidik.

Setiap peserta yang hadir diberi CD mengandungi contoh-contoh pembentangan yang lalu sebagai rujukan. Beliau juga memberi beberapa salinan bahan TOPS Negeri Selangor yang pada awal April yang lalu kepada peserta setiap daerah di Kelantan.

Dalam majlis penutup latihan, Dr Othman Md Zain selaku pengarah TOPS mengingatkan peserta bahawa CD yang diedar walaupun ringan tetapi mengandungi bahan yang berat dari segi tanggungjawabnya untuk dilaksanakan.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia