Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Street Raya IKRAM Santuni Golongan Miskin Bandar

street raya miskin bandar

Pada asalnya, program ini diusulkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Malaysia di luar negara yang sedang bercuti. Namun idea ini telah diolah kembali dengan penglibatan bersama i-Bantu pusat, IKRAM Health, Rose 2 Rose dan GEMA KL.

Program yang berlangsung dari jam 8-11 malam ini telah menyantuni segolongan gelandangan daripada pelbagai bangsa, Melayu, Cina, India dan Indonesia dari pelbagai lapisan umur.

Rata-rata daripada mereka teruja apabila diberi peluang secara percuma untuk memeriksa kesihatan, belajar mengaji, menulis, mewarna, dan diberi makanan percuma oleh hampir 50 orang sukarelawan yang terlibat.

“Dulu akak memang hidup merempat di tepi jalan ni. Tapi bila fikirkan anak-anak, sampai bila nak hidup macam ni. Alhamdulillah, nasib baik ada bantuan baitulmal. Dapat la akak sekeluarga sewa bilik di Batu Caves. Tak dapat sewa rumah, bilik pun dah okay. Terima kasih melayan anak-anak akak ni ye”, ujar kak Liza gembira sebelum beransur pulang.

Ketika kita sedang tidur lena di atas tilam yang empuk, masih ada lagi anak-anak kecil yang tidur beralaskan lantai kaki lima dan berbumbungkan langit.

street raya miskin bandar2

“Program seperti ini perlu terus dilakukan untuk menyantuni golongan gelandangan. Mostly saya lihat ramai di antara mereka mahukan teman bersembang, bercerita, mengaji ringkas dan mengajar ABC.

Kebanyakan NGO yang memberi makan gelendangan hanya fokus kepada makanan sahaja, sedangkan banyak lagi aspek lain yang mereka perlukan seperti kesihatan, pendidikan dan kebajikan”, ujar saudara Budi Kurniawan, Belia IKRAM Batu yang terlibat menjayakan program ini

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia