Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Siri Minda YDP IKRAM Selangor: HARI MALANG BUAT BOLA SEPAK

Perlawanan bola sepak antara Arema FC dan Persebaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur pada 1 oktober Sabtu lalu bertukar menjadi tragedi. Lebih 170 nyawa terkorban sebaik perlawanan tamat.

Ini adalah korban kedua terbesar di stadium bolasepak setelah Peru pada tahun 1964 yang mengorbankan 318 nyawa.
Arema FC adalah kelab bagi bandar Malang dan Persebaya adalah kelab bagi bandar Surabaya. Keduanya di Jawa Timur adalah bermusuhan secara tradisi. Sehingga telah beberapa tahun diputuskan perlawanan keduanya jika di Malang adalah tanpa kehadiran penyokong Persebaya. Begitu lah sebaliknya jika perlawanan di Surabaya tanpa kehadiran penyokong Arema FC.

Tentu persoalannya kenapa tragedi berdarah ini boleh berlaku?. Dalam keadaan penonton di Stadium Kanjuruhan 100% adalah penyokong Arema FC.

Apa yang berlaku adalah setelah pertandingan yang berkesudahan Arema FC kalah 2-3, ia menimbulkan kemarahan penyokong. Berpuluh orang dari mereka mula menuju padang menerpa pemain dan pegawai Arema. Apabila jumlah semakin bertambah dan seolah tidak terkawal polis telah melepaskan gas pemedih mata. Penonton bertempiaran lari akibat sesak nafas keluar stadium yang baru 1 pintu sahaja dibuka. Kesesakan, rempuhan, kejatuhan dan pijakan telah berlaku.

Pelbagai pihak telah dipersalahkan. Stadium yang sepatutnya dengan kapasiti 38 ribu tetapi dimasuki lebih 42 ribu orang. Peraturan keselamatan antarabangsa juga tidak membenarkan gas pemedih mata dilepaskan di stadium. Dan bermacam lagi analisis telah mula dibongkar.

Peristiwa seperti ini boleh berulang dimana sahaja. Penyokong fanatik ada disemua negara. Negara dan masyarakat perlu mendidik rakyat konsep kesukanan yang sebenar. Panduan keselamatan oleh pihak berkuasa perlu jelas dan dipatuhi oleh semua. Sukan bukan hanya industri peluang mencari wang bagi pelbagai entiti. Tetapi wahana riadah dan memupuk semangat kebersamaan serta disiplin. Sukan bukan mengajar untuk fanatik dan taassub.

Kota Malang telah mencatatkan satu peristiwa yang malang. Kita bersimpati dengan mangsa dan keluarga korban. Juga buat negara jiran terdekat kita Indonesia. Semoga pemerintah dan rakyat dapat segera menghadapi kesan tragedi ini dengan baik dan sejahtera. Semoga bolasepak di mana sahaja mengajar kita untuk rahmah kepada orang lain.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia